• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rundingan Kerusi PH Di Selangor Masih Buntu?

oleh Ahmad Albab
12/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Rundingan berhubung kerusi Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya umum ke-14 di Selangor masih berjalan, kata pengerusi PH negeri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata beliau berharap rundingan itu dalam kalangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Amanah dan DAP dapat diselesaikan secepat mungkin.

Beliau menyifatkan rasa tidak puas hati PPBM berkaitan rundingan itu sebagai perkara biasa di mana parti-parti berkenaan bebas memberikan pendapat masing-masing.

“Ia (demokrasi) adalah proses kecoh dan kita harus membenarkan mereka menyatakan pandangan. Sebab itu dari awal lagi saya katakan kalau kita dapat menyelesaikan usaha itu sekurang-kurangnya 80, 90, atau 95 peratus, ia adalah kejayaan besar.

“Tetapi jika ada kerusi, barangkali kurang daripada lima peratus yang perlu dirundingkian, kita harus benarkan proses itu kerana kita hendak menang,” katanya kepada pemberita selepas satu majlis konvokesyen di sini hari ini.

Ketua penerangan PPBM Sallehudin Amiruddin berkata pihaknya tidak bersetuju dengan pengumuman PH Selangor bahawa 35 daripada 56 kerusi di Selangor telah diputuskan.

Sallehudin berkata PPBM mengintai 12 kerusi Umno negeri, tetapi mendakwa kerusi itu telah diberikan kepada PKR. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd