• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RoS Mulakan Siasatan Terhadap PPBM – Zahid

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah memulakan siasatan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung status Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu yang mendapat bantahan anggota parti pembangkang berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata memandangkan siasatan itu memerlukan penelitian dokumen yang akan mengambil sedikit masa, RoS telah diminta mempertingkatkan siasatan tersebut.

“Kita telah meminta RoS bukan sekadar memulakan siasatan tetapi dapat mempertingkatkan siasatan dan penuhi aduan-aduan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas gesaan anggota-anggota PPBM yang mahu RoS mempercepatkan siasatan dan mengambil tindakan kerana mereka mendakwa AGM pada Disember lepas tidak sah dan melanggar peraturan perlembagaan parti.

PPBM mengadakan AGM pertama mereka pada 30 Disember lepas.

Semalam, bekas exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM Pusat Mohamad Taufik Abas berkata 1,999 anggota parti itu akan berhimpun di Ibu Pejabat RoS sebagai tanda protes sekiranya masih tiada sebarang tindakan diambil terhadap parti itu dalam tempoh dua minggu.

Semasa ditanya sama ada RoS boleh menyiapkan siasatan itu dalam tempoh dua minggu, Ahmad Zahid berkata: “Terpulanglah kepada mereka. Saya tidak pernah terlibat dalam aktiviti pengoperasian mereka (RoS).”

Sebelum ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata ROS sedang meneliti 249 aduan yang dikemukakan anggota PPBM di seluruh negara terutama berkaitan dakwaan pelanggaran perlembagaan parti itu.

Siasatan awal RoS mendapati 47 daripada keseluruhan aduan berkeaan mempunyai percanggahan dengan perlembagaan dan peraturan parti.

Pada sidang media itu, Ahmad Zahid membidas turut dakwaan Pakatan Harapan bahawa penggubalan undang-undang baharu bagi mengekang berita palsu adalah untuk “menutup kebenaran”.

“Penggubalan undang-undang baharu tidak sama sekali untuk menutup sebarang kebenaran,”tegasnya.

“Semasa Pilihan Raya Umum Ke-13, dakwaan tentang 40,000 rakyat Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia bukankah berita palsu? Itukah ‘kebenaran’ yang mereka mahu paparkan lagi?

“Berita palsu akan ada dalam strategi kempen saat-aat akhir…itu saya pasti,” katanya semasa mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meminta supaya undang-undang itu tidak digunakan untuk menutup kebenaran.

Pada majlis perhimpunan hari ini. Ahmad Zahid melancarkan Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER) KDN di mana ia dibangunkan untuk mengenal pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme.

SPIER akan digunakan untuk pengambilan kakitangan KDN khususnya bagi penguat kuasa, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.

SPIER merupakan tiga sistem ujian psikometrik secara berkomputer dan boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri pegawai.

SPIER bagi Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sedang dibangunkan dan akan digunakan sepenuhnya menjelang 2019. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiROS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd