• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rogol Dan Bunuh, Suspek Kes Zainab Dihukum Mati

oleh
21/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHORE (Pakistan) – Seorang lelaki bernama Imran Ali Naqshbandi, 24, telah dijatuhkan hukuman mati di atas tuduhan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak bernama Zainab Ansari, 7, pada Januari lalu.

Baca: Dirogol & Dibunuh Ketika Hendak Pergi Mengaji

Mahkamah Anti Keganasan Pakistan (ATC) sebulat suara menjatuhkan hukuman mati ke atas suspek kerana kes penculikan, rogol serta pembunuhan di bawah Seksyen 7-ATA-.

Dalam masa yang sama, disebabkan perbuatannya yang tidak berhati perut itu, dia telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan denda sebanyak 1 juta RS (RM601,646.56).

“Mahkamah menjatuhi hukuman mati atas kesalahan menculik, merogol, membunuh, melakukan keganasan dan sodomi selain dikenakan denda,” kata pendakwa raya Ihtesham Qadir.

Mayat Zainab telah dicampak dalam timbunan sampah ketika dia dalam perjalanan untuk mengaji al-Quran.

Rakaman CCTV turut menunjukkan Zainab telah bersama dengan suspek ketika hari kejadian sebelum dia dirogol dan dibunuh.

Pihak Hakim telah memasukkan negara Pakistan dalam senarai negara-negara yang menggunkan teknologi saintifik bagi mendakwa dan menghukum penjenayah.

Kes itu telah mendapat perhatian orang awam serta mencetuskan kemarahan di seluruh negara kerana menganggap pihak polis tidak menjalanakan siasatan yang lanjut sehingga menyebabkan ahli keluarga Zainab sendiri yang terpaksa berusaha untuk mencari rakaman CCTV sebelum kejadian.

Bukan itu sahaja malah ketika protes jalanan dilakukan demi menuntuk keadilan buat si kecil itu, seramai dua orang telah terbunuh.

Siasatan lanjut telah dijalankan oleh pihak polis dan mendapati bahawa Imran Ali merupakan jiran Zainab.

Tambahan pula, Imran dikatakan mempunyai beberapa lagi tuduhan pembunuhan yang dilakukannya dekat bandar Punjab turut melibatkan kanak-kanak perempuan.

Selain itu menurut portal Geo.tv, ayah kepada Zinab, Mohammad Amin telah memberitahu bahawa dia berasa sangat lega selepas suspek yang melakukan jenayah ke atas anaknya telah dapat diberkas.

Selain itu, pendakwa raya telah mendapati bahawa kes itu merupakan salah satu kes berprofil tinggi dan telah didengari di Penjara Kot Lakhpat pada Sabtu lalu.

Seramai 56 orang termasuk bapa saudara Zainab sendiri telah menjadi saksi perbicaraan tersebut dan pendakwa telah memberitahu bahawa hasil DNA membuktikan Imran merupakan pembunuh gadis malang itu.

Kes yang terjadi keatas Zainab merupakan kes pembunuhan kali kedua belas yang telah berlaku di kawasan penduduk Pakistan disitu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Netizenpedofilpembunuh Zainab
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

Pedoq Zalim Dijatuhi Hukuman Mati Melalui Suntikan Maut

Pedoq Zalim Dijatuhi Hukuman Mati Melalui Suntikan Maut

06/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARADISE, TEXAS – Seorang bekas pemandu penghantaran syarikat FedEx dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah menculik dan membunuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd