• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM137.218 Juta Jualan Usahawan FAMA Di Sabah

oleh Ahmad Albab
07/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Nilai jualan terkumpul usahawan bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh Sabah adalah sebanyak RM137.218 juta pada tahun lepas, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.

Beliau berkata nilai jualan itu dihasilkan menerusi beberapa program FAMA termasuk Pasar Tani, Ladang Kontrak, Industri Asas Tani (IAT), Agrobazzar Kedai Rakyat (AKR), Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) dan menerusi program Motosikal Tiga Roda (M3R).

“Program yang mencatatkan nilai julan tertinggi ialah Ladang Kontrak iaitu sebanyak RM42.193 juta diikuti Pasar Tani (RM24.787 juta), AKR (RM23.861 juta) dan IAT yang mencatatkan nilai jualan sebanyak RM16.4 juta,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada pelancaran Jimat Belanja Dapur di Pasar Tani FAMA Asia City di sini, hari ini.

Beliau berkata FAMA melaksanakan program Jimat Belanja Dapur bagi membantu kerajaan menangani kenaikan harga makanan di pasaran dengan menawarkan penjimatan harga antara 5 hingga 20 peratus untuk komoditi terpilih mengikut keperluan setempat di Pasar Tani di seluruh negara.

Penurunan harga itu meliputi semua hasil pertanian dan produk makanan seperti sayur, buah, barangan runcit, ayam segar, ikan, dan barangan kawalan (minyak masak dan tepung).

“Saya berharap program ini dapat membantu orang ramai khususnya pengunjung Pasar Tani mendapatkan keperluan bekalan seharian dengan harga jualan lebih rendah dari harga pasaran, sekali gus mendorong peruncit lain untuk mengurangkan harga jualan,” katanya.

Yahya berkata setakat ini, terdapat sebanyak 45 Pasar Tani di seluruh Sabah dengan 1,300 orang peserta.

“Untuk tahun ini, kita menyasarkan untuk membuka tiga lagi Pasar Tani di Pekan Lokkawi, Tenom dan Putatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMAusahawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd