• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rahsia Tokoh Politik Jerman Tegar Anti-Islam Jadi Muslim

oleh
06/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN – Arthur Wagner, anggota kanan parti politik Jerman, Alternative for Germany (AfD), yang memeluk agama Islam, baru-baru ini mendedahkan rahsia bagaimana beliau berbuat demikian.

Ia sebenarnya bertitik tolak daripada prinsip hidup dirinya yang memang tidak bersetuju dengan tindakan gereja negara itu mengiktiraf perkahwinan sesama jenis dalam kalangan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT).

Tahun lalu, AfD menjadi parti nasionalis pertama memenangi kerusi Parlimen Jerman sejak 1960-an dengan kempennya anti-Islam malah menggunakan slogan ‘Islam tiada tempat di Jerman’ ketika pilihan raya tempatan.

Menurut laporan akhbar The Telegraph, Wagner, yang kini menggunakan nama mualaf sebagai Ahmad, kemudian meletakkan jawatan ahli jawatankuasa kanan dalam parti  politik ketiga terbesar di Jerman itu awal tahun ini.

Namun beliau mahu kekal dalam AfD untuk membina semula hubungan baik antara umat Islam Jerman dengan komuniti setempat. Keputusannya untuk menganut agama Islam malah merupakan satu kejutan besar di negara itu.

Bayangkan Wagner pernah cuba mengekang projek pembinaan masjid di Jerman, menggesa polis sempadan untuk menembak mati pelarian Muslim dan pendatang Afrika daripada cuba berhijrah memasuki negara Eropah tersebut.

Beliau bahkan dahulu hebat beri amaran terhadap ancaman Muslim dibenarkan kerajaan Jerman memasuki negara itu dan menuduh Canselor Jerman, Angela Merkel melakukan “kesilapan besar ” dengan dasar pelarian Muslim.

Jika sebelum ini Wagner lantang beri amaran bahawa “Jerman sedang bertukar menjadi negara berbeza”, setelah menjadi Muslim, beliau pula merahsiakannya kerana tidak pasti bagaimana memberitahu rakan-rakan dalam parti.

Menerusi temuramah dengan akhbar popular Bild, Wagner, 48, berkata antara sebab beliau terbuka hati untuk tiba-tiba berubah apabila memeluk agama Islam ialah kerana tidak dapat menerima perubahan drastik dalam gereja.

Menurut laporan portal terkenal Britain, Daily Mail, bekas penganut Kristian Protestant itu berkata: “Satu sebab ada kaitan dengan perubahan yang berlaku dalam pihak gereja yang tidak lagi sesuai dengan jiwa saya sendiri.

“Sokongan gereja tempatan terhadap usaha perkahwinan LGBT yang sebelum ini dikutuk dan penyertaan pastor ketika perarakan tradisional Christopher Street Day yang turut disertai kanak-kanak, itu tidak boleh saya terima.”

Menurut Wagner, beliau pernah menimbangkan untuk memeluk Islam sejak 2015, ketika mengunjungi bandar Ufa di Rusia yang majoriti penduduknya secara kebetulan merupakan masyarakat Islam domestik daripada etnik Tatar.

Sementara itu, Ketua Bahagian AfD di Brandenburg, Kai Berger, berkata mereka hanya mengetahui berita mengenai Wagner sudah memeluk Islam melalui media massa dan meluahkan perasaan amat kecewa dengan tindakannya.

“Ramai ahli parti mahu dia meninggalkan AfD tetapi malangnya kami tidak boleh memecatnya sebagai ahli parti kerana Wagner tidak pula melakukan sebarang kesalahan mengikut peruntukan undang-undang,” kata beliau.

Namun begitu, media Jerman melaporkan Wagner, bapa kepada dua anak, meluangkan masanya melakukan kerja sukarela dengan pendatang Muslim, termasuk memberikan bantuan penterjemahan kepada pendatang Chechen.

Interaksi beliau secara peribadi, menurut laporan portal Vox, kemungkinan besar berjaya menyebabkan hatinya langsung terbuka memeluk ajaran Islam dan mengucapkan dua kalimah syahadah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: EropahJermanKristianLGBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

30/05/2026
0

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa garis panduan larangan bagi rumah ibadat selain Islam di kawasan komersial di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd