• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puncak Niaga Sumbang RM1.3 Juta Wang Zakat

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Puncak Niaga Holdings Bhd. (Puncak Niaga) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyumbang RM1.3 juta menerusi program ‘Kasihku Zakat Selangor’ bagi bantuan membina rumah, perubatan dan pendidikan kepada golongan asnaf di Selangor.

Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 diperuntukkan untuk pembinaan 10 buah rumah (RM50,000 setiap rumah) di sekitar daerah Kuala Selangor yang dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu.

“Selain itu, RM500,000 lagi diperuntukkan untuk bantuan perubatan dialisis kepada 21 pesakit dalam kalangan golongan asnaf manakala RM300,000 lagi diperuntukkan bagi asnaf fisabilillah (pendidikan) dengan agihan kepada 1,000 pelajar golongan asnaf menerusi wang saku berjumlah RM300 setiap seorang,” katanya.

Rozali berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan berkenaan di sini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan Puncak Niaga, Datuk Nasir Khan Illadad Khan.

Rozali berkata menerusi program ‘Kasihku Zakat Selangor’, pihaknya telah memohon agihan semula iaitu 37.5 peratus daripada jumlah bayaran zakat yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin termasuk asnaf fisabilillah.

“Pihak kami telah menerima sejumlah RM3.9 juta. Daripada pengembalian wang zakat RM3.9 juta itu, kami telah memperuntukkan RM1.3 juta untuk pembinaan 10 buah rumah, bantuan perubatan dialisis dan bantuan pendidikan ini.

“Ingin saya tekankan, syarikat korporat seperti Puncak Niaga bukan sekadar berorientasikan keuntungan semata-mata tetapi juga komited dalam menjayakan tanggungjawab sosial koporat dalam konteks pengurusan kebajikan dan sentiasa komited dalam menunaikan zakat perniagaan supaya keuntungan syarikat dapat dikongsi dengan golongan yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Agihan Asnaf LZS, Abdul Basith Hamid berkata secara keseluruhan, program ‘Kasihku Zakat Selangor’ yang dilancarkan pada tahun lepas telah menarik penyertaan 32 syarikat korporat serta individu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17.8 juta.

Menurut beliau, menerusi program yang merupakan inisiatif kepada syarikat korporat yang mengeluarkan zakat melebihi RM50,000 itu, LZS menawarkan empat pakej utama penyaluran pengembalian wang zakat menerusi pakej bantuan, pendidikan, perubatan dan bantuan sosial.

“Bagi bantuan pembinaan 10 buah rumah ini, pihak LZS telah menyempurnakan amanah diberikan oleh pihak Puncak Niaga iaitu proses lantikan kontraktor. Alhamdulillah, 70 peratus proses pembinaan telah berjaya disiapkan dan insyaAllah semua asnaf terlibat akan sambut Ramadan serta Syawal di rumah baharu nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Puncak NiagaZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd