• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puncak Niaga Rayu Keputusan Batal Saman RM14 Bilion

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak Niaga) akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini, yang membatalkan saman hampir RM14 bilion syarikat itu terhadap bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dua pihak lain berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor.

Turut dinamakan sebagai defendan dalam kes itu adalah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Kerajaan Selangor.

Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Tan Sri Rozali Ismail dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya telah mengarahkan peguam untuk memfailkan rayuan itu di Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

Semalam, Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan untuk membatalkan saman berkenaan selepas membenarkan permohonan Abdul Khalid, Mohamed Azmin dan kerajaan Selangor bagi membatalkan saman Puncak Niaga, masing-masing yang difailkan pada November, Disember dan Januari lepas.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Akhtar mendapati pernyataan tuntutan Puncak Niaga gagal mematuhi Kaedah-kaedah Mahkamah dan beliau turut memerintahkan syarikat konsesi air itu membayar kos RM25,000 kepada setiap defendan.

Mohamed Azmin turut memfailkan tuntutan balas terhadap Puncak Niaga dan mahkamah menetapkan 13 Mac ini untuk keputusan.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 27 Okt tahun lalu, Puncak Niaga antara lain mendakwa Abdul Khalid dan Mohamed Azmin menyalahgunakan kuasa mereka sebagai menteri besar dengan mengancam untuk menyebab atau memohon atau cubaan untuk menyebabkan kerajaan Persekutuan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi memaksa pengambilalihan industri perkhidmatan air di Selangor.

Plaintif antara lain mendakwa penangguhan rundingan berkenaan usaha penyusunan semula industri air di Selangor selama lima tahun menjadi manfaat politik peribadi Abdul Khalid dan Mohamed Azmin, selain mendakwa rundingan tersebut tidak dilakukan atas dasar ‘willing buyer willing seller’ (urus niaga suka sama suka) sehingga menyebabkan plaintif mengalami kerugian serta kerosakan.

Sehubungan itu, Puncak Niaga menuntut ganti rugi, faedah ke atas ganti rugi dan kos berhubung kehilangan peluang perniagaan di dalam dan luar negara, berjumlah RM13.5 bilion.

Pada masa sama, plaintif juga menuntut ganti rugi berhubung perbezaan antara nilai PNSB Water Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Puncak Niaga (M) Sdn Bhd) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pada kadar RM2.08 bilion hingga RM2.35 bilion.

Selain itu, plaintif menuntut pertimbangan pembelian sebenar berjumlah RM1.56 bilion di bawah Perjanjian Pembelian Saham bertarikh 11 Nov 2014 antara Puncak Niaga dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd. – BERNAMA

Tags: kes saman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

26/05/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan akhir Public Bank Bhd untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd