Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas Presiden...

Anak-Anak Ziana Zain Tiada...

BAGAIKAN satu trend, memiliki sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial merupakan satu kewajipan buat...

VIDEO: Gadis ‘Nerd’ Ni...

GERMAINE Yap pastinya berjaya mengubah persepsi orang lain terhadap seorang gadis selepas dia...

Peniaga Buah Kena Sembelih

GEORGETOWN - Seorang peniaga buah parah selepas lehernya disembelih seorang lelaki dalam pergaduhan...

PRU14: Liow Tak Gentar Hadapi Kit Siang Di Bentong

BENTONG – Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersedia untuk menghadapi Penasihat DAP, Lim Kit Siang jika benar Anggota Parlimen Gelang Patah itu berhajat untuk bertanding di kerusi Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Liow berkata sebagai seorang wakil rakyat yang telah melakukan tugas dengan cemerlang di kawasan itu sejak 1999, beliau yakin sokongan pengundi di kawasan itu tidak akan goyah daripada terus menyokongnya.

“Lim Kit Siang sebagaimana yang kita tahu dia memang gemar melompat dari satu tempat ke satu tempat lain… dulu di Pulau Pinang, kemudian ke Gelang Patah (Johor), semuanya tidak bertahan lama sebab dia tidak memberikan perkhidmatan dengan baik.

“…sebab itu kita tak peduli mana dia nak pergi, dia nak datang (bertanding)) di sini pun tidak mengapa. Kita sedia hadapi sesiapa jua yang datang ke Bentong kerana kita mempunyai rekod pencapaian yang baik.

“Bagi penduduk di sini mereka tahu siapa wakil rakyat yang beri perkhidmatan dan kerja keras untuk mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sambutan Tahun Baharu Cina Rumah Pangsa Batu 1, Jalan Tras, di sini hari ini. – BERNAMA

Kategori