• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-14: PAS Seru Pengundi Muslim Tolak DAP Anti-Islam

oleh
25/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membuat seruan terbuka kepada seluruh umat Islam supaya menolak Pakatan Harapan khususnya DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Beliau malah menyeru umat Islam yang bersekongkol dengan parti yang menentang Islam secara nyata hingga berani melakukan apa sahaja untuk menghalang agenda Islam itu supaya kembali ke pangkal jalan.

Jelas beliau, umat Islam boleh berbeza pendapat dalam perkara cabang, namun mereka sama sekali diharamkan berpecah dalam perkara dasar, perkara yang menyentuh aqidah dan mengancam kedaulatan Islam.

Beliau turut menyeru golongan bukan Islam agar menolak pihak yang tidak bermasyarakat madani dan majmuk kerana mengancam keharmonian antara kaum dan agama demi keselamatan semua.

“Umat Islam diharam sekeras-kerasnya menjadi ahli, penyokong atau alat termasuk rakan setia apabila nyata sikapnya terhadap Islam sehingga Allah beri amaran keras dan menjadikannya sebahagian sifat munafik,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi menegaskan adalah menjadi hak umat Islam yang menjadi masyarakat awal dan dominan di negara ini untuk menegaskan Islam agama negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, ia juga keputusan saksama sewaktu kemerdekaan berasaskan persetujuan demokratik dalam PRU Pra-Kemerdekaan 1955 melibatkan Perikatan (UMNO, MCA, MIC) dan PAS iaitu satu-satunya pembangkang yang ada kerusi.

Bagaimanapun, kata beliau, tragedi 13 Mei 1969 tercetus apabila wujud parti yang mahu menjadi juara fanatik perkauman sehingga dan masih meneruskan amalan politik demikian pada waktu ini.

Menurut beliau, DAP yang diwujudkan PAP sebelum Singapura berpisah namun masih bertahan hingga hari ini dengan pengundi bukan Islam tanpa hormati sensitiviti umat Islam dan menjadikan Islam sebagai sasarannya.

Sebagai contoh, katanya, parti cauvinis itu mendesak Malaysia diisytiharkan sebagai negara sekular, mencabar ajaran Islam dan menjadi penghalang terhadap usaha PAS memperjuangkan negara Islam secara demokrasi.

Kata Abdul Hadi, DAP juga biadab apabila turut berani mempersoalkan aspek Islam, Raja Berperlembagaan, Hak Istimewa Bumiputera dan lain-lain yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tambah beliau, penentangan terbuka DAP dan sekutunya terhadap usaha memperkasakan undang-undang syariah juga langkah yang nyata tidak hormati hak penganut Islam yang berpegang teguh dengan ajaran agamanya.

Kata Abdul Hadi, dalam masa sama, DAP tanpa berselindung teguh menyokong pesta arak, acara hiburan dan amalan gaya hidup bebas yang ditentang oleh semua agama demi menjaga moral manusia.

“Walaupun agama lain itu syirik akidahnya, tetapi sama dari segi menerima akhlak yang mulia, seperti tidak meminum arak, tidak berjudi, melarang pergaulan bebas dan sebagainya.

“Sepatutnya titik persamaan ini sama-sama dihidupkan, tetapi sengaja dilemahkan semata-mata kerana kepentingan dapat sokongan politik untuk mendapat kuasa, tanpa perhitungan baik dan buruk, aman dan huru-hara,” katanya.

Selain itu, kata Abdul Hadi, DAP turut menyatakan rasa tidak senang terhadap beberapa perkara yang membela Melayu dan Bumiputera. Kata beliau, konsep Raja Berperlembagaan yang dijadikan syiar Ketua Agama juga dipermain-mainkan.

“Pendekatannya perjuang konsep ‘Malaysian Malaysia’ ke arah melarutkan kaum dan bahasanya sudah menjadi tabii manusia. Cara politik DAP boleh juga disebut sebagai konsep luar tabii yang mahu memaksa keadaan yang ada selama ini.

“Umat Islam tidak patut dipermainkan walhal dinyatakan dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, tetapi penganutnya tidak berhak beramal sedangkan penganut agama lain berhak beramal dengan agama mereka,” katanya. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Abdul Hadi AwangDAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd