• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek “Bioeconomy” Untuk Pesara Tentera

oleh Ahmad Albab
13/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corp.) memeterai memorandum kerjasama dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) bagi melaksanakan projek-projek di bawah Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP) di seluruh Malaysia.

Jalinan kerjasama itu bakal melibatkan pesara tentera sebagai peserta dalam projek BCDP yang berfokus kepada sub-sektor strategik seperti herba bernilai tinggi, pembangunan biji benih, akuakultur, penanaman nenas, penanaman cendawan, penternakan lebah madu, hortikultur dan sisa biomas.

Bioeconomy Corp. akan mengenal pasti projek-projek BCDP dan syarikat-syarikat peneraju yang bersesuaian, manakala Perhebat kan mengenal pasti pesara tentera yang berpotensi untuk menjadi peserta projek tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp., Dr. Mohd Shuhaizam Mohd Zain berkata, kerjasama itu dapat memberi pendapatan tambahan kepada pesara tentera yang telah banyak berkorban dan menyumbang bakti kepada rakyat dan negara.

“Melalui BCDP, veteran ATM bukan sahaja dapat menyumbang kepada bioekonomi negara, malah mereka dapat dibangunkan menjadi Bio-Agropreneur dan seterusnya meningkatkan mobiliti sosial mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pertukaran Memorandum Kerjasama tersebut berlansung pada Program NBOS Mesra Rakyat yang dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Pesara ATM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara ATM Kecewa Bantuan RM1,200 Jadi RM500

30/04/2019
0

PESARA tentera tidak berpencen meluahkan rasa kecewa selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) memansuhkan skim Bantuan Bakti Negara (BBN) sebanyak RM1,200....

Belum Bercadang Selaraskan Pencen Pesara ATM

09/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang untuk membuat pelarasan pencen bagi pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana langkah itu melibatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd