• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pornografi Kanak-Kanak: Polis Brazil Tahan 40 Suspek

oleh AK-47
22/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Polis Brazil pada Selasa menahan 40 individu dalam dua operasi besar-besaran bagi membanteras pornografi kanak-kanak, menurut sumber rasmi.

Semua tangkapan dilakukan selepas polis merampas komputer mereka dan menemui bahan pornografi yang membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Pelbagai jenis mainan turut dirampas.

Satu daripada operasi itu dijalankan di Taboao da Serra, sebuah pekan dalam wilayah metropolitan di Sao Paulo.

Siasatan kes itu bermula enam bulan lepas apabila polis menerima maklumat daripada sumber tanpa nama yang membawa kepada penahanan sekurang-kurangnya 28 orang pada pagi Selasa.

Satu lagi operasi dijalankan di Sao Paulo dengan 29 waran geledah serta waran tangkap, yang menyaksikan sekurang-kurangnya 12 orang ditahan.

Polis telah mengesan suspek dengan menyiasat komputer yang sering digunakan untuk mengakses pornografi kanak-kanak.

Jurucakap polis Marcio Fruet berkata “seorang daripada suspek bekerja di taman permainan. Oleh itu, dia mempunyai hubungan dengan kanak-kanak manakala seorang lagi suspek bekerja di sebuah tadika.”

“Justeru, kesemua suspek ini telah dipantau dengan lebih berhati-hati …(untuk melihat) jika mereka sendiri turut menghasilkan dan melakukan keganasan ini terhadap kanak-kanak,” kata Fruet. – BERNAMA-NNN-XINHUA

Tags: Pornografi Kanak-Kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga AS Mengaku Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Video Lucah

Warga AS Mengaku Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Video Lucah

06/05/2024
0

Langkawi : Lelaki warga Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki bahan...

Polis AS Tahan 11 Suspek Pornografi Kanak-Kanak

06/06/2018
0

MIAMI - Seramai 11 lelaki Florida ditahan, termasuk kakitangan Disney dan Legoland serta sukarelawan pengakap, kerana memiliki dan mengedarkan bahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd