• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Majikan, 31 Warga Asing Di Miri

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang majikan serta 31 orang warga asing, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, adalah antara yang ditahan di dua lokasi berasingan dalam operasi bersepadu semalam.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 12 Miri, Supt Tan Hiap Seng berkata, operasi di sebuah tapak pembinaan perumahan di Senadin dan sebuah tapak pembinaan pencawang Sarawak Energy Berhad (SEB) di Tudan dilakukan pada pukul 9.30 pagi semalam bersama dengan Jabatan Imigresen.

“Seorang lelaki berusia 27 tahun berasal dari Selangor yang merupakan majikan kepada tapak projek pembinaan pencawang SEB di Tudan turut ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tan berkata, kesemua 31 orang warga asing tersebut ditahan atas pelbagai kesalahan iaitu tinggal lebih masa di negara ini, menyalahgunakan lawatan sosial untuk tujuan bekerja dan memasuki negara secara haram di bawah Akta Imigresen 1959/1963.

“Kesemua tangkapan dibawa ke Depot Imigresen Bekenu dan kes diserahkan kepada Jabatan Imigresen Miri untuk tindakan susulan,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: poliswarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd