• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Tawar Tiket Penerbangan Palsu

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan seorang lelaki yang didakwa menawarkan tiket penerbangan palsu kepada seorang pensyarah dengan tawaran RM10,500.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek yang berumur 27 tahun itu telah ditahan di hadapan sebuah stesen minyak di Shah Alam, Selangor kira-kira 9.45 malam semalam.

“Mangsa, 43, sebelum itu dilaporkan telah tertarik dengan tiket jualan murah ke Eropah yang diiklankan oleh suspek melalui media sosial pada 1 Feb lepas.

“Selepas itu, pengadu yang bekerja sebagai pensyarah dan menetap di Pekan menempah tiket penerbangan untuk tujuh individu ke Manchester.

“Dia kemudian telah melakukan transaksi pemindahan wang sebanyak RM10,500 ke dalam akaun suspek,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya hasrat mangsa untuk melancong dengan tiket murah itu, bagaimanapun tidak kesampaian apabila suspek menghantar e-mel menyatakan penerbangan itu dibatalkan.

Beliau berkata suspek turut berjanji akan memulangkan wang berkenaan, namun gagal berbuat demikian menyebabkan mangsa telah merasa tertipu sebelum membuat laporan polis.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: kes tipupolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd