• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Singgah Sarapan Dengan Rakyat Di Tanjung Malim

oleh Ahmad Albab
04/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Kesibukan jadual harian sebagai Perdana Menteri tidak halang Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa bersarapan dan berkongsi cerita dengan rakyat di Medan Selera Tanjung Malim hari ini.

Ketibaan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari stesen KL Sentral, Kuala Lumpur ke stesen Tanjung Malim kira-kira 9.30 pagi, disambut meriah penduduk setempat yang tidak mahu melepaskan peluang bertemu secara dekat dengan pemimpin nombor satu Malaysia itu.

Lebih 100 penduduk sekitar kelihatan teruja ketika menyambut ketibaan Najib dan isteri di stesen Tanjung Malim sebelum menuju ke medan selera yang terletak tidak jauh dari stesen berkenaan.

Rombongan yang turut disertai Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

Mereka dibawa ke gerai untuk menikmati menu istimewa tempatan antaranya putu bambu, mee rebus serta Pau Yik Mun yang sememangnya terkenal di daerah itu sejak 1926.

Najib meluangkan masa lebih setengah jam di medan selera berkenaan sebelum meneruskan agenda berikutnya di Kompleks Sukan Proton di Proton City, kira-kira tujuh kilometer dari pekan Tanjung Malim.

Sementara itu, bekas guru Sekolah Methodist Tanjung Malim James Selvaratnam, 74, yang berpeluang duduk bersebelahan Najib berkata beliau amat teruja kerana dapat bertemu perdana menteri secara dekat selain berbual mengenai hal ehwal daerah itu.

“Perdana Menteri bercerita pengalamannya menaiki ETS dan tanya saya tentang keadaan kemudahan di sini. Saya beritahu kalau boleh sediakan kemudahan untuk warga emas gunakan ETS,” katanya.

Imam Masjid Jamek Tanjung Malim, Mukhlas Kasimin yang juga semeja bersama-sama Najib turut melahirkan rasa teruja kerana diberi peluang tersebut.

Ditanya mengenai perbualan bersama Najib, imam berusia 74 tahun itu berkata beliau menyuarakan cadangan agar Masjid Tanjung Malim, yang kini berada di lokasi agak sempit, dipindah ke lokasi lebih luas untuk keselesaan jemaah.

Terletak di selatan negeri Perak, Tanjung Malim yang juga dikenali sebagai daerah Muallim selepas diisytiharkan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Januari 2016, terkenal dengan adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Selain itu tarikan beberapa lokasi ekopelancongan termasuk Air Terjun Sungai Bil, Air Terjun Lubuk Kawah dan Tasik Embayu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakETS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd