• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Harap Keceriaan Tahun Baharu Cina Bawa Tuah BN

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap keceriaan sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini dapat membawa tuah kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Katanya situasi semasa negara yang sangat memberangsangkan juga dilihat membawa keceriaan kepada rakyat yang terus menunjukkan keyakinan kepada kerajaan.

“Saya lihat susana hari ini, pada tahun ini meriah barangkali kerana rasa keceriaan rakyat dalam ekonomi berkembang 5.9 peratus tahun lalu, saham pun sudah naik, ringgit pun lebih kukuh, keyakinan terhadap masa depan negara kita menyerlah.

“Maka sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini saya kira disambut dalam suasana ceria dan sangat meriah… mudah-mudahan kita doalah tahun baharu lunar ini memberi sesuatu keputusan yang sangat memberangsangkan kepada kerajaan,” katanya semasa ditemubual TV3 pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di sini, hari ini.

Turut hadir ke majlis itu isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, ketibaan Najib, Rosmah dan Ahmad Zahid ke majlis sambutan itu yang diadakan di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA diketuai Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, sambil diiringi persembahan tarian singa.

Najib, Rosmah dan Ahmad Zahid meluangkan masa hampir sejam di majlis itu yang turut dihadiri pemimpin tertinggi parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong; Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam dan Presiden myPPP, Tan Sri M.Kayveas selain beberapa menteri kabinet.

Tetamu pelbagai bangsa serta pelancong asing turut hadir memeriahkan rumah terbuka itu yang menghidangkan pelbagai juadah dan persembahan kebudayaan, nyanyian dan seni mempertahankan diri. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd