• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Sukhoi 25 Rusia Ditembak Jatuh

oleh Ahmad Albab
05/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAMSYIK – Kejayaan pemberontak Syria menembak jatuh pesawat penggempur Russia, Sukhoi 25 (Su-25), semalam, dianggap mengejutkan dan ia kejadian pertama sejak Moscow membabitkan diri dalam perang di Syria pada September 2015.

Juruterbang pesawat bernilai £7.7 juta (RM42.26 juta) itu berjaya melenting keluar sebelum pesawatnya terhempas di wilayah Idlib, utara Syria, namun mati ditembak ketika berbalas tembakan dengan pemberontak yang cuba menahannya.

Menurut BBC, pesawat Su-25 direka sebagai pesawat tempur menyokong serangan tentera darat dan banyak digunakan ketika perang Russia di Afghanistan.

Ia ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu bumi ke udara yang dilancarkan dari bahu namun kumpulan pemberontak terbabit, Hayat Tahrir al-Sham, tidak menyatakan jenis misil berkenaan.

Kumpulan Hayat Tahrir al-Sham yang pernah dikaitkan dengan al-Qaeda, mendakwa dalam kenyataannya ia menembak jatuh pesawat itu menggunakan peluru berpandu bumi ke udara yang dilancarkan dari bahu.

Hayat Tahrir al-Sham sudah lama beroperasi di wilayah terbabit menggunakan banyak nama berbeza sebelum ini.

AFP melaporkan, dalam kenyataan melalui saluran medianya di internet, ketua pertahanan udara kumpulan itu, Mahmoud al-Turkmani, berkata: “Serangan terhadap pesawat itu sebagai membalas kempen pengeboman Russia di Idlib.”

Kementerian Pertahanan Russia mengesahkan pesawat berkenaan ditembak jatuh menggunakan misil mudah alih dan juruterbangnya terbunuh ‘ketika menentang pengganas’.

“Juruterbang sempat melenting keluar dan menghantar laporan pesawatnya ditembak di Idlib,” kata kenyataan itu.

Pertubuhan Pemerhati Kemanusiaan Syria berpangkalan di Britain menyatakan, pesawat yang ditembak jatuh itu antara yang terbabit dalam belasan serangan udara Russia di Idlib dalam tempoh 24 jam sebelum itu.

Menurut pertubuhan itu, 20 orang, termasuk lapan kanak-kanak terbunuh semalam, akibat serangan udara di Saraqib dan kawasan sekitarnya. – Agensi/myMetro Online

Tags: jet pejuangRusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Dakwa Berjaya Tembak Jatuh F-35, Amerika Pantas Nafi, Kata Ia Berjaya Buat Pendaratan Cemas 

Iran Dakwa Berjaya Tembak Jatuh F-35, Amerika Pantas Nafi, Kata Ia Berjaya Buat Pendaratan Cemas 

21/03/2026
0

WASHINGTON/TEHRAN – Sebuah pesawat pejuang siluman F-35 milik Amerika Syarikat dilaporkan terpaksa melakukan pendaratan cemas di pangkalan udara AS di...

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd