Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Zahid Hadir Majlis Sambutan...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

16 Aduan Diterima Berkaitan...

KULAI - Sebanyak 16 aduan berkaitan susu rumusan bayi dipercayai tiruan diterima setakat...

Mangsa Gempa Palu Tiada...

PALU, Indonesia – Bantuan antarabangsa terhadap mangsa yang terselamat akibat gempa bumi dan...

Wanita Rentung Kereta Terbakar...

SANDAKAN - Seorang wanita rentung selepas kereta dinaikinya terbakar dalam kemalangan di Batu...

Permukaan Tanah Tak Stabil Punca Kren Tumbang

KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang (ProLintas) mengesahkan kejadian kren tumbang di MRR2 Ulu Klang-Ampang berpunca daripada permukaan tanah tidak stabil yang menempatkan kren berkenaaan.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (ProLintas) berkata kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kerosakan harta awam.

“ProLintas mengesahkan laporan mengenai kren terbalik di KM25.2 berhampiran Dataran Ukay pada 10 pagi tadi,

“Pasukan kecemasan dikerahkan ke kawasan kejadian untuk memberi bantuan dan kerja-kerja pembersihan kini giat dijalankan bagi menyuraikan kesesakan trafik dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, ProLintas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul berikutan kejadian itu dan memberi jaminan keselamatan serta keselesaan orang awam dan penduduk di sekitar kawasan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) adalah menjadi keutamaan syarikat itu.


Orang ramai juga diminta menyalurkan maklumat dan aduan berhubung pembinaan Lebuhraya SUKE kepada Facebook dan Twitter ProLintas iaitu PROLINTAS Highways/@mySUKEofficial atau talian 1300-88-9922.

ProLintas, syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), merupakan pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), SUKE dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. – BERNAMA

Kategori