Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Statistik Doktor Malaysia Di...

PUTRAJAYA - Statistik yang mendakwa terdapat 1,548 doktor Malaysia sedang berkhidmat di United...

‘Isi PADU Di PEDi...

POKOK SENA - Orang ramai berpendapat mengisi Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat...

Polis Berjaya Tumpaskan ‘Geng...

JERANTUT - Polis menumpaskan kumpulan curi motosikal yang dikenali sebagai Geng Sapak hasil...

Pegawai Penguat Kuasa Didakwa...

KUCHING - Seorang pegawai penguat kuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri didakwa...

Perhilitan Sedia Bekerjasama Dengan Polis

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden anggota jabatan itu tertembak seorang lelaki ketika operasi memburu babi hutan di Besut, Terengganu semalam.

Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pasir Akar, Besut oleh anggota terbabit.

“Jabatan Perhilitan akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak PDRM bagi menyiasat punca kemalangan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.35 pagi itu, Mohd Saiful Bahri Sulaiman, 29, terkena tembakan di bahagian pinggang dan lengan kiri semasa operasi di ladang kelapa sawit, Kampung Padang Buloh, Pasir Akar, Hulu Besut.

Mohd Saiful Bahri adalah jurupandu arah kepada dua anggota Perhilitan daerah Besut dalam operasi memburu babi hutan setelah jabatan itu menerima aduan mengenai konflik hidupan liar di kawasan berkenaan.


Menjelas lanjut, Abdul Kadir berkata ketika kejadian, satu tembakan ke arah babi hutan telah dilepaskan dan ketika hendak melakukan tembakan susulan, kakitangan Perhilitan tersebut tergelincir dan jatuh lalu tertembak Mohd Saiful Bahri.

Katanya mangsa segera dibawa di Hospital Jerteh untuk menerima rawatan dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

Kategori