• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjenayah Pulangkan Sim Kad Selepas Menyamun

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENJENAYAH memulangkan semula sim kad selepas menyamun seorang lelaki dengan parang dalam kejadian di kawasan tapak pembinaan berhampiran pasar raya di Putatan, Penampang, kelmarin.

Dalam kejadian 4.21 petang itu, mangsa dikatakan sedang mandi di kawasan tapak pembinaan terbabit bersama dua rakannya.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata, tidak lama selepas itu, mangsa dihampiri dua lelaki tidak dikenali lalu menghunus sebilah parang ke bahagian rusuk mangsa dan mengambil telefon bimbitnya.

“Tidak lama selepas itu, suspek memulangkan semula sim kad telefon bimbit kepada mangsa, lalu beredar. Sebaik suspek tiada di lokasi, mangsa bergegas membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, hasil risikan dan maklumat yang dikumpul, polis kemudian menahan tiga suspek yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan, semalam.

“Pemeriksaan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan menggunakan senjata. – myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Tags: penyamuntelefon bimbit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bersatu Untuk Apa? Penyamun Pun Bersatu Juga’ – PMX Anwar

‘Bersatu Untuk Apa? Penyamun Pun Bersatu Juga’ – PMX Anwar

19/07/2026
0

KINTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tujuan sebenar sesuatu penyatuan sambil menegaskan bersatu hanya bermakna jika ia...

KK Di Batu Pahat Diperiksa

Pura-pura Beli Barang Sebelum Larikan Telefon Bimbit Pekerja Kedai Runcit

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Pura-pura mahu membeli barang menjadi taktik seorang lelaki sebelum melarikan telefon bimbit milik pekerja sebuah kedai runcit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd