• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Cina Di Perlis Akan Kembali Sokong BN

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – MCA Perlis yakin pengundi Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, sekali gus membantu BN merampas semula kerusi itu.

Naib Pengerusinya Khaw Hock Kong berkata setelah lima tahun kawasan Indera Kayangan diwakili parti pembangkang, para pengundi sudah boleh menilai keberkesanan dan kemampuan wakil rakyat mereka.

“Saya percaya penduduk Indera Kayangan sudah insaf, setiap pembangunan yang dibawa ke kawasan tersebut pun adalah daripada peruntukan kerajaan BN,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pada PRU ke-13, calon MCA Dr Por Choo Chor tewas tipis kepada calon Parti Keadilan Rakyat Chan Ming Khai yang memperoleh kelebihan 1,092 undi.

Dalam pada itu beliau juga tidak menafikan pentingnya sokongan bersama pengundi kaum Melayu dan India untuk membantu kemenangan calon BN di kawasan terbabit.

Khaw yang juga anggota DUN Titi Tinggi yakin misi menawan semula Indera Kayangan akan lebih mudah melalui sokongan yang bakal diberikan oleh rakan-rakan daripada UMNO dan MIC. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: BNMCApengundi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd