• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Keselamatan Lemas Menjaring Ketam

oleh Ahmad Albab
04/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Seorang pengawal keselamatan ditemukan lemas ketika menjaring ketam di pantai Batu 1 dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Zainudin Ahmad berkata dalam kejadian pukul 2.55 pagi itu, mangsa Shaiful Zaman Abdul Jabbar, 39, pergi menjaring bersama empat anggota keluarga dan rakan di pantai berkenaan.

“Kesemua mereka telah pergi ke pantai di hadapan kompleks pentadbiran kerajaan di Batu 1, Jalan Pantai untuk menjaring ketam. (Ketika menjaring) tiba-tiba mereka telah ditarik oleh air dan empat daripada mereka berjaya naik ke darat.

“Seorang daripada yang terselamat telah memaklumkan perkara berkenaan kepada polis. Mayat mangsa ditemukan pada pukul 7.07 pagi oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Telok Kemang dan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.02 pagi hari yang sama dan sepasukan 12 anggota dari balai berkenaan dan balai Port Dickson dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa dijumpai pada jarak 50 meter dari lokasi beliau dilaporkan lemas,” katanya.

Dalam kes berasingan, Mohd Kamal berkata satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan malam tadi bagi mengesan seorang lelaki berumur lingkungan 30-an yang dilaporkan hilang selepas berenang menggunakan sebuah pelampung kecil menuju ke tengah laut dalam satu kejadian berhampiran sebuah resort peranginan di sini, 10 malam tadi.

“Operasi pencarian ini dibuat berdasarkan maklumat yang diterima daripada seorang pemancing yang ternampak lelaki itu berenang ke tengah laut dan kemudiannya hilang daripada pandangan. Saksi kemudian menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Seramai 11 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian dan sehingga pagi ini, mangsa masih belum ditemui.

Operasi SAR berkenaan katanya turut disertai polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APPM). – BERNAMA

Tags: mati lemaspengawal keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

17/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd