• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendapat Pembangkang Rebut Jawatan PM Berasas

oleh Ahmad Albab
24/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengenai pemimpin pembangkang akan merebut jawatan Perdana Menteri mempunyai asas yang kukuh.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sebenarnya DAP yang menjadi parti utama berdasarkan kelebihan kerusi Parlimen dan bukan parti-parti lain, walaupun diura-urakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang memimpin Pakatan Harapan.

“Janganlah terpengaruh jawatan Perdana Menteri akan dengan mudah menjadi milik pengerusi PPBM yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali memerintah.

“Saya lihat UMNO sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) terbukti mengamalkan dasar kongsi kuasa dengan rakan-rakan komponennya tanpa masalah dan diterima baik oleh rakyat kebanyakan,” kata Shahidan.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Perlis ditemui selepas bertemu penyokong BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Guar Gajah di sini, malam tadi.

Shahidan yakin dengan corak sokongan pengundi bandar yang menyedari BN sentiasa melakukan yang terbaik untuk negara ini akan terus menyokong parti tersebut.

“Dalam keadaan sekarang hanya perubahan luar biasa dalam hati rakyat iaitu jika mereka berpura-pura menyokong BN, boleh menjadikan keadaan sebaliknya tetapi saya melihat trend pemikiran rakyat masa kini menunjukkan perkara ini mustahil berlaku,” katanya.

Beliau berkata pengundi di kawasan bandar juga dilihat mula beralih pandangan untuk menyokong BN kerana mereka mengambil kira usaha yang dilakukan kerajaan termasuk pemansuhan tol untuk meringankan beban dan kos hidup rakyat.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata usaha Perdana Menteri untuk menghapuskan tol adalah sesuatu yang luar biasa jika dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Mengenai Perlis, Shahidan berkata semua jentera BN negeri telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan beliau bersyukur calon BN tidak menjadi isu bagi penyokong parti itu.

Katanya pembangkang mungkin mempunyai calon yang hebat tetapi mereka tiada kekuatan rakyat, berbeza dengan calon BN kerana sentiasa turun padang untuk bertemu dan menyampaikan bantuan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan

Tags: Datuk Seri Dr Shahidan Kassimpembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd