Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

PAS Tidak Tergugat Dengan...

KUALA LUMPUR - Tohmahan demi tohmanan yang dilemparkan oleh DAP dan Parti Amanah...

Bezza, Model Sedan Sulung...

VIRAL di laman sosial foto-foto dan risalah model kereta terbaharu keluaran Perusahaan Otomobil...

200,000 Dijangka Maut Akibat...

WASHINGTON - Amerika Syarikat mungkin menyaksikan sehingga 200,000 orang maut akibat wabak koronavirus...

Warga Pakistan Dipenjara 5...

PORT DICKSON – Seorang lelaki warganegara Pakistan dijatuhkan hukuman penjara lima hari dan...

Peminat Teruja Gandingan Sulung Neelofa-Zul Ariffin

BAGI mereka yang mengikuti perkembangan kedua-dua selebriti terkenal tanah air, Neelofa dan Zul Ariffin pasti sudah sedia tahu akan kehebatan mereka dalam membawa watak yang diberi.

Rasanya baru sahaja Neelofa mengumumkan yang mana beliau bakal bergandingan dengan Zul dalam sebuah drama ketika ketika mengacarakan program MeleTOP pada Selasa lalu, media sosial sarat dihujani dengan gambar dua pelakon tersebut.

Rata-rata peminat meluahkan rasa tidak sabar untuk menunggu dan melihat gandingan sulung mereka dalam sebuah drama serta mengharapkan yang terbaik buat kedua-duanya.

Dalam pada itu, Neelofa yang menganggap hal itu sebagai satu sokongan tidak berbelah bahagi peminat memberitahu mahu memberikan yang terbaik.

Selain itu, memetik sumber beliau juga mengharapkan agar semua peminat dapat sabar menantikan drama istimewa itu.


“Tidak sangka pula ramai yang teruja dan gembira tetapi saya berterima kasih kepada peminat yang menyokong. Memang sengaja saya buat kejutan sempena ulang tahun kelahiran saya tidak lama lagi.

“Insya-Allah, kami akan menjalani penggambaran di Rome, Itali pertengahan bulan ini dan drama tersebut akan ditayangkan tidak lama lagi,” katanya dipetik sebuah portal online. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori