• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong BN Jangan Mudah ‘Mengaus’

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) di sini diminta tidak mudah “mengaus”, perkataan dalam loghat Sabah bermaksud berkecil hati, dengan isu-isu dan masalah kecil, kata Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Kinabatangan itu berkata apa juga permasalahan atau isu-isu kecil yang timbul harus diselesaikan secara rundingan.

“Tidak perlu ada sikap mengaus atau kecil hati sebagai pemimpin dan penyokong BN kerana semua isu dan permasalahan kita selesaikan bukannya mengubah haluan.

Kita mempunyai agenda besar dalam usaha kita memberi kemenangan besar kepada BN sama ada peringkat nasional dan negeri,” katanya pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Kuamut yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salled Sald Keruak di Tongod dekat sini, hari ini.

Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menegaskan perjuangan BN bukan untuk kepentingan peribadi tetapi perjuangan untuk parti dan rakyat.

“Parti BN adalah sebuah parti berjuang untuk membela rakyat dan kita dapat lihat sendiri kemajuan di kawasan Kinabatangan yang dahulunya jauh ketinggalan dari arus pembangunan tetapi kini telah berubah,” katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan pemimpin yang sentiasa mengambil perhatian terhadap Parlimen Kinabatangan.

Katanya Najib banyak meluluskan peruntukan pembangunan seperti jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik serta kemudahan lain untuk kesejahteraan rakyat di daerah ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Bung Moktar Radin
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Bung Moktar Sudah Tiada

Bung Moktar Sudah Tiada

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah...

Wakil Rakyat Lompat Parti Kelirukan Rakyat – Bung Moktar

20/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Perbuatan wakil rakyat melompat parti mengelirukan rakyat yang memilih mereka, kata anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd