• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Rakyat Lompat Parti Kelirukan Rakyat – Bung Moktar

oleh
20/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbuatan wakil rakyat melompat parti mengelirukan rakyat yang memilih mereka, kata anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

​​​​Justeru, beliau berkata undang-undang anti-lompat parti perlu diwujudkan bagi mengekalkan integriti dan moral wakil rakyat yang dipilih.

“Kita ingin melihat wakil rakyat benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat, kawasan dan negara. Sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Harapan merealisasikan hasrat rakyat dengan membawa akta ini ke Dewan Rakyat.

“Jika tidak, perbuatan lompat parti ini menjadi trend, seolah-olah mereka yang kalah pada pilihan raya boleh menyertai parti yang menang, seperti mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain,” katanya ketika menjadi tetamu program temubual Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, malam ini.

Beliau yang baharu dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata dirinya akan setia bersama parti itu dan terus berjuang untuk membantu mengukuhkan kembali UMNO dengan nafas baharu.

Cadangan bagi menggubal Akta Anti L ompat Parti sebelum ini disuarakan oleh anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, turut senada dengannya adalah Senator Datuk Lee Tian Sing yang menggesa kerajaan agar menggubal akta berkenaan bagi memastikan kesetiaan dan integriti wakil rakyat kepada pengundi mereka.

Sementara itu, Ketua Pusat Pengajian Asia Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Faisal S. Hazis berkata isu keluar parti secara beramai-ramai bukan perkara baharu kerana wujudnya permainan politik penaungan dan menjadi lumrah dalam proses peralihan kuasa.

Malaysia perlu mempunyai undang-undang bagi mendisplinkan ahli politik negara namun ianya perlu mengambil kira Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Bung Moktar Radin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bung Moktar Sudah Tiada

Bung Moktar Sudah Tiada

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah...

Guna Perkataan Kurang Sopan, Bung Moktar Mohon Maaf

18/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini membuat permohonan maaf atas perbuatannya menggunakan perkataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd