• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan Semula CEC DAP Ikut Syarat – ROS

oleh Ahmad Albab
03/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 12 Nov lepas mematuhi semua syarat yang diarahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

ROS dalam kenyataannya hari ini berkata keputusan itu adalah berdasarkan rumusan yang diperoleh daripada siasatan ROS.

“ROS bersetuju supaya laporan penuh pelaksanaan pemilihan semula tersebut disimpan oleh firma Grant Thornton mengikut tempoh masa wajar sepertimana keperluan perlembagaan Parti.

“Surat rasmi memaklumkan keputusan Pendaftar Pertubuhan Malaysia akan dikeluarkan pada Isnin (5 Feb),” menurut kenyataan itu.

DAP mengadakan pemilihan semula CEC di Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC) Selangor seperti diarahkan oleh ROS melalui surat bertarikh 21 Sept tahun lepas.

Firma audit antarabangsa, Grant Thornton yang dilantik DAP, telah mengemukakan laporan penuh pelaksanaan pemilihan semula CEC DAP melalui surat bertarikh 27 Nov lepas.

Pemilihan semula CEC itu diadakan selepas ROS menerima aduan mengenai pemilihan CEC DAP pada 2012 dan pemilihan semula CEC DAP pada 29 Sept 2013.

Menurut ROS, jabatan itu menerima 17 aduan berhubung pemilihan semua CEC itu daripada Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sejak 28 Nov lepas.

Ia berkata daripada 17 aduan yang diterima, hanya lapan pengadu sahaja yang mempunyai maklumat lengkap dan hadir memberi keterangan berkenaan aduan yang dibuat.

“Baki sembilan lagi, maklumat pengadu adalah tidak lengkap. Selain itu, terdapat juga pengadu yang tidak memberikan kerjasama untuk memberi keterangan. Bagaimanapun, jabatan berpuas hati dengan siasatan yang dilaksanakan, dan kesemua aduan telah ditutup,” kata ROS.

Sementara itu, ROS mengingatkan setiap parti dan pertubuhan berdaftar supaya mentadbir dan menjalankan setiap urusan parti dan pertubuhan mengikut kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan perlembagaan berdaftarnya. – BERNAMA

Tags: DAPROS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

02/07/2026
0

BATU PAHAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan DUN Penggaram sekali lagi menjadi antara kerusi yang paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd