Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Selangor Jangan Lepas Tangan...

KUALA LUMPUR - UMNO menggesa kerajaan negeri Selangor tidak lepas tangan terhadap pembeli...

Jiran Tak Tahan Bau...

KISAH seorang bekas penagih dadah penghidap HIV yang ditinggalkan hidup bersendirian di sebuah...

Batal ICERD Tapi Himpunan...

KEKAL... Himpunan besar-besaran bantah usaha ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD)...

UMNO Perlu Terus Jadi...

MUAR - UMNO perlu terus menjadi tunjang kepada kerajaan pemerintah yang ada sehingga...

Pembedahan Plastik Di Bahagian Pusat Meningkat

JIKA dulu kebanyakan kaum wanita sibuk mahu membesarkan payu dara atau menyuntik botoks dan membesarkan punggung, kini terdapat trend baru di pasaran. Fokus kini ialah di bahagian pusat dengan pusat selebriti seperti Emily Rajajkowski dan Jessica Simpson menjadi panduan.

Menurut seorang pakar bedah plastik, Dr. Matthew Schulman, jumlah mereka yang melakukan pembedahan di bahagian pusat meningkat dua kali ganda sejak tempoh lima dan enam tahun lalu.

Malah dalam sebulan, beliau melakukan kira-kira 12 ke 15 prosedur berkenaan.

“Orang ramai melihat badan mereka dalam Instagram dan mereka mahu pusat mereka kelihatan menarik,” katanya.

Dr. Schulman memberitahu, apabila pelanggan mahu melakukan prosedur di bahagian pusat, mereka kebiasaannya akan membawa katalog Victoria Secret.

Ada juga pesakitnya yang membawa gambar Jessica Simpson ketika dia membintangi filem The Dukes of Hazzard pada 2005 dan model Emily Ratajkowski, yang dikenali selepas muncul dalam klip video Robin Thicke untuk lagu Blurred Lines pada 2013.


Dalam pada itu, menurut RealSelf, terdapat peningkatan sebanyak 12 peratus untuk pembedahan pusat di Amerika Syarikat setakat ini, berbanding tahun lepas manajala di United Kingdom pula, jumlah itu meningkat hingga 21 peratus. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori