• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Tiada Kredibiliti – Khairul Azwan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pakatan pembangkang tidak mempunyai kredibiliti kerana sering meracuni pemikiran rakyat dengan perkara negatif yang tidak mempunyai sebarang kesahihan, kata Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun.

Beliau berkata strategi itu telah digunakan pembangkang sejak beberapa pilihan raya terdahulu ,namun ia dilihat tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Pembangkang di Perak ini sama macam pembangkang di negeri lain. Mereka hasut dan racun pemikiran rakyat dengan pelbagai dakyah, pembohongan.

“Namun apa yang kita nampak, rakyat telah sedar melalui rekod pencapaian yang telah kita (UMNO dan BN) bawa menerusi program-program pembangunan yang telah dilaksanakan,” katanya dalam sidang media selepas Program Penyampaian Bantuan Tahun Baharu Cina kepada 50 penerima di Wisma UMNO Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata agenda pembangunan dan kemajuan yang menjadi tunjang kepada struktur pentadbiran negara pada ketika ini juga akan akan diteruskan sekiranya rakyat memberikan mandat kepada BN untuk kekal memerintah pada PRU14.

“Inilah wadah atau parti yang boleh memastikan kestabilan sama ada di bidang politik, ekonomi dan juga kebahagiaan rakyat itu dapat diteruskan apabila rakyat memberi sokongan dan undi pada BN,” katanya. – BERNAMA

Tags: pembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat...

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB –  Muhyiddin

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB – Muhyiddin

19/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan asas kewujudan parti itu adalah untuk menentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd