• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Maut, Tersepit Di Bawah Lori Terbalik

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sehingga pukul 9.30 malam ini, mayat seorang pemandu lori masih tidak dapat dikeluarkan dari bawah kepala lori dipandunya yang terbabas dan terbalik sebelum termasuk ke dalam belukar di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Kampung Sungai Ular di sini, kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng Syed Jamaluddin Syed Mohamed berkata sehingga pukul 9.30 malam ini usaha untuk mengeluarkan mayat mangsa Muhammad Jamil Lango, 35, berasal dari Sabah masih giat dilakukan.

“Bomba sebelum ini menerima panggilan pada pukul 1.46 tengah hari yang melaporkan tentang kemalangan melibatkan sebuah lori yang terbabas di kawasan itu dan sebaik tiba kita mendapati terdapat seorang mangsa terperangkap di bawah kepala lori.

Usaha untuk mengeluarkan mayat mangsa bagaimanapun berhadapan dengan kesukaran berikutan kawasan kemalangan itu merupakan tanah gambut dan berpaya menyebabkan kepala lori berkenaan terbenam di dalam tanah yang memerlukan jentera berat untuk mengangkat kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Menurutnya lebih 30 anggota bomba dan polis bertungkus lumus untuk mengeluarkan mayat mangsa dan mereka turut dibantu tiga jentera berat dari Taman Industri Kuantan Malaysia-China yang terletak berhampiran dengan kawasan kejadian.

Turut berada di kawasan kemalangan bagi meninjau operasi itu termasuk Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Mohd Sani Harul.

Katanya operasi akan diteruskan sehingga mayat mangsa berjaya dikeluarkan. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd