• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Direman 7 Hari Siasatan Kes Bunuh Anak

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Mahkamah Majistret di sini menetapkan reman tujuh hari sehingga Khamis depan terhadap seorang tentera dan isterinya bagi membantu siasatan kes kematian anaknya, dipercayai akibat didera.

Perintah reman itu dikeluarkan terhadap pasangan suami isteri yang berusia 35 dan 30 tahun itu oleh Majistret Siti Khariah Abdul Razak selepas permohonan dikemukakan pegawai penyiasat, ASP Mahafiz Mat Lawi.

Terdahulu, pasangan itu dilihat tiba di mahkamah pada 9 pagi dengan memakai baju lokap jingga dan tangan bergari diiringi anggota polis.

Semalam, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya di Lukut, malam kelmarin.

Mangsa yang berusia sembilan tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya.

Pemeriksaan atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan lebam dan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti cedera buah pinggang, usus koyak serta tulang rusuk kiri dan kanan patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Kes disiasat mengikut Sekysen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

16/10/2026
0

KUALA PILAH – Penghayatan terhadap solat perlu diterjemahkan melalui akhlak yang baik, sikap menghormati hak sesama manusia serta menjauhi kesombongan,...

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

16/10/2026
0

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, secara terbuka menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd