• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kekalkan Baiah Ke Atas Calon PRU14

oleh AK-47
26/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS Kelantan akan mengekalkan pelaksanaan baiah yang dikenakan ke atas mereka yang menjadi calon parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, baiah merupakan suatu janji setia yang dilafazkan oleh calon PAS untuk patuh kepada hukum Allah, rasul dan pucuk pimpinan selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam.

“Sekiranya baiah dilanggar, maka mereka akan berhadapan dengan laknat Allah dan segala elaun yang diterima adalah haram.

“Lafaz baiah ini adalah perkara asas yang telah dilafaz oleh seluruh calon-calon wakil rakyat PAS sebelum ini bagi menjaga ketuanan Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad berkata, bagaimanapun pengekalan taklik dalam baiah atau melafazkan cerai talak tiga sebagaimana yang terkandung dalam baiah di Kelantan sebelum ini diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS.

“Pihak kepimpinan PAS Kelantan akan menerima apa sahaja keputusan yang dipersetujui oleh pucuk pimpinan tertinggi nanti dalam perkara baiah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Calon PRU14Datuk Ahmad YakobPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd