Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ya Ke Tu?? Fazura...

Ketika berlangsungnya program Maharaja Lawak Mega 2014, ramai peminat bukan sahaja teruja menyaksikan...

Terowong: Datuk Seri Dibebas...

PUTRAJAYA - Ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' yang direman bagi membantu siasatan berhubung...

KPDNKK Rampas 450 Gas...

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merampas sebanyak...

Cuaca Panas: Waspada Tanda...

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan tanda-tanda awal strok haba berikutan...

Pangkalan Maritim Wilayah Timur Bakal Dibina Di Pahang

KUANTAN – Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Timur bakal dibangunkan di Pahang untuk memudahkan operasi dan urusan pentadbiran agensi itu di bahagian Pantai Timur dan sebahagian Johor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata peruntukan untuk membina pangkalan baharu itu telahpun diluluskan pada Julai lepas dan kontraktor untuk melaksanakan projek itu juga sudah dilantik.

“Pangkalan itu juga melibatkan pembinaan penempatan dan buat masa ini, kita sedang mencari kawasan sesuai. Kita harap kawasan itu dapat dimuktamadkan secepat mungkin menerusi kerjasama sewajarnya daripada pihak terlibat supaya kerja pembinaan dapat dilakukan segera,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Shahidan ditemui selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-13 dan Perbarisan Tamat Latihan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar.

Pada majlis itu, seramai 310 anggota daripada lapan platun dan 73 pelatih menamatkan latihan asas Leftenan Muda Maritim.

Shahidan berkata pembinaan pangkalan itu perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi masalah yang timbul kesan daripada menyewa atau berkongsi kemudahan dengan pihak lain dalam tempoh yang lama.

Beliau juga menyifatkan pembinaan pangkalan itu bertepatan dengan masa kerana Maritim Malaysia kini memasuki fasa ketiga 2016 hingga 2020, iaitu fasa meneruskan perolehan dan penggantian aset dalam memperkasakan keupayaan mereka mengawal keselamatan perairan negara.

“Maritim Malaysia telah menerima empat daripada enam kapal New Generation Patrol Craft manakala bakinya diterima Jun ini. Kita juga merancang untuk memperoleh kapal induk atau multi-purpose mission ship pelaksanaan pelbagai tugas dan misi melebihi 21 hari di laut,” katanya.


Shahidan menambah antara aset lain ialah sistem C4ISR (Command, Control, Communication, Computer, Intelligence, Surveillance and Reconnaissance) bagi kawalan dan pemerintahan, bot laju, helikopter medium lift dan pesawat pemantauan maritim.

Pada sidang media sama, Shahidan memaklumkan Maritim Malaysia mencatat sejarah apabila Leftenan Maritim Aida Arzahri, 35, menjadi wanita pertama di Malaysia dilantik sebagai pegawai memerintah kapal kerajaan yang akan menerajui KM Nyalau yang berpangkalan di Lumut, Perak.

Beliau berkata bagi tahun 2006 sehingga tahun lepas, Maritim Malaysia berjaya memungut kira-kira RM307 juta hasil daripada denda terhadap nelayan asing, pelupusan kapal, kompaun dan lelongan ikan.

“Maritim Malaysia juga berjaya membendung lebih 1,005 kes pendatang tanpa izin melibatkan penahanan sebanyak 6,720 orang selain mematahkan 814 kes penyeludupan pelbagai barangan kawalan dan 1,071 pencerobohan nelayan asing, bagi tempoh yang sama,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori