• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Tambah Tempoh Pindah Hak Milik Tanah

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang bercadang untuk menambah tempoh pindah milik tanah pemberian kerajaan daripada lima tahun kepada 10 tahun tidak lama lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata hal itu akan dibincangkan dengan lebih teliti pada mesyuarat mingguan Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, sebelum diluluskan.

“Dasar yang ada sekarang, tanah yang diberi milik oleh kerajaan tidak boleh dipindah milik dalam tempoh lima tahun, namun kita dapati terlalu kerap orang menjualnya…ibaratnya, dapat hari ini esok dah menjualnya.

“Jadi, kita akan bincangkan perkara ini (dalam mesyauarat Exco) dan akan kenakan syarat agar mereka tidak boleh menjualnya dalam tempoh 10 tahun. Boleh buat pinjaman bank (cagaran), tetapi tidak boleh jual,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan geran hak milik tanah Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Tebing Tinggi kepada 393 penerima. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid.

Adnan turut menyifatkan penjualan tanah pemberian kerajaan di negeri ini sebagai serius dan langkah memanjangkan tempoh itu adalah tindakan terbaik bagi menghalang perkara itu daripada terus berlaku.

“Hari-hari kita menerima permohonan untuk menjual tanah. Sebab itu, sebagai menteri besar saya rasa risau sikit…(ini) memang serius. Kita lihat pemberian tanah ini beri peluang kepada rakyat menggunakannya (jual) bagi tujuan untuk berniaga, hantar anak ke insitusi pengajian tinggi dan sebagainya.

“Namun, kita perlu perhatikan sedikit supaya jangan sampai berleluasa, jangan sampai hasrat kerajaan nak bantu rakyat tidak tercapai, itu sahaja… bukan niat buruk atau dengki,” katanya.

Sementara itu, Adnan berkata kerajaan negeri juga akan meminta pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta Pejabat Tanah dan Galian supaya mengenal pasti kawasan bersesuaian untuk dijadikan RTK atau perkampungan baharu.

Langkah itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat di negeri ini yang tidak berkemampuan diberikan sebidang tanah untuk dijadikan sebagai tapak rumah, katanya. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Adnan Yaakob
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adnan Yaakob Calon Sesuai Sebagai MB Pahang

13/05/2018
0

KUANTAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilihat calon paling sesuai dilantik sebagai Menteri Besar berdasarkan...

Pelantikan MB Pahang Selepas Perkenan Istana

10/05/2018
0

BENTONG - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini, berkata pelantikan Menteri Besar Pahang akan ditentukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd