• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Selamat: Polis Sabah Tumpu 20 Kawasan Panas

oleh AK-47
08/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Sabah mengenal pasti 20 kawasan panas yang sering berlaku kemalangan jalan raya di negeri ini dan akan diberi tumpuan dalam Op Selamat 12/2018 sempena Tahun Baru Cina yang bermula esok hingga 23 Feb depan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata langkah itu adalah bagi mengurangkan jumlah kemalangan dan memastikan kelancaran lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Op Selamat ini bertujuan memastikan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan selamat. Selain itu, Op Selamat ini menekankan kepada keselamatan harta benda atau rumah yang ditinggalkan semasa perayaan.

Pada kali ini, kita juga menumpukan kepada keselamatan di kawasan perairan dan untuk tujuan itu Pasukan Gerakan Marin akan mempertingkatkan operasi mencegah jenayah dengan membuat pemeriksaan secara rawak terhadap bot dan feri di kawasan perairan negeri ini,” katanya ketika berucap melancarkan Op Selamat peringkat Polis Kontinjen Sabah di sini, hari ini.

Salehhudin berkata 634 kes kemalangan jalan raya dilaporkan pada Op Selamat tahun lepas berbanding 688 kes direkodkan pada Op Selamat 2016.

Bagaimanapun, katanya, kes kemalangan maut di Sabah mencatat peningkatan pada Op Selamat tahun lepas iaitu sembilan kes melibatkan 18 kematian berbanding 10 kematian pada Op Selamat 2016.

“Berdasarkan kepada statistik itu walaupun terdapat penurunan pada jumlah kes kemalangan, namun jumlah kematian meningkat. Oleh itu diharapkan pada tahun ini pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan mematuhi segala peraturan lalu lintas, katanya.

Dalam pada itu, Salehhudin turut mengingatkan semua pengguna jalan raya agar tidak memandu melebihi had laju, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan berhenti seketika untuk tidur dan merehatkan diri jika merasa mengantuk.

Langkah itu bertujuan memastikan kemalangan dapat dielakkan, katanya.

Beliau berkata anggota polis yang bertugas pada Op Selamat kali ini adalah sebanyak 271 anggota termasuk 36 pegawai. – BERNAMA

Tags: Op Selamat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Op Selamat: Polis Kedah Keluarkan Lebih 13,000 Saman

05/05/2022
0

Alor Setar : Polis Kedah mengeluarkan 13,024 saman dalam tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang dilancarkan...

11 Maut, 1,943 Kemalangan Dalam Lima Hari Di Selangor

04/05/2022
0

SHAH ALAM: Sebanyak 11 kematian dan kemalangan maut direkodkan sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat 18 di Selangor sehingga semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd