• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Selamat: Polis Kawal 18 Kawasan Panas

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHANGLUN – Polis Kedah menyenaraikan 18 kawasan panas yang kerap berlaku kemalangan di negeri ini danakan diberi tumpuan khusus dalam Op Selamat sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Kedah Datuk Zainal Abidin Kassim berkata operasi sehingga 23 Feb yang membabitkan dua hingga tiga lokasi di setiap daerah itu melibatkan penugasan 1,488 pegawai dan anggota daripada pelbagai cawangan seperti Unit Rondaan Bermotosikal, Unit Kereta Peronda dan trafik.

“Konsep seperti pasukan reaksi pantas akan dikekalkan sebagai strategi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut dan melancarkan aliran trafik dengan memberi lebih tumpuan di kawasan hotspot (panas),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 12/2018 sempena Tahun Baharu Cina di perkarangan RTC Napoh dekat sini hari ini.

Antara kawasan yang diberi tumpuan ialah Kilometer 8, Jalan Alor Setar- Kangar dan KM3 Jalan Alor Setar-Sungai Petani bagi daerah Kota Setar serta Kulim-Mahang bagi daerah Kulim.

Daerah lain seperti Kuala Muda membabitkan tiga lokasi panas, Kubang Pasu (2), Langkawi (1), Baling (2), Padang Terap (1), Pendang (1), Bandar Baharu (1), Yan (3) dan Sik (2).

Zainal berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) turut melakukan operasi ujian air kencing ke atas pengguna jalan raya terutama terhadap pemandu kenderaan berat dan pengangkutan awam seperti bas dan lori.

“Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPKK) akan meningkatkan rondaan di kawasan perumahan semasa musim perayaan,” katanya dan menambah, bilangan anggota bagi Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) turut ditingkatkan ketika tempoh ini.

Sementara itu, beliau berkata Op Selamat 2017 dilihat memberi impak berkesan dalam menurunkan kadar kes kemalangan maut di Kedah apabila jumlah kemalangan menunjukkan penurunan sebanyak sembilan peratus berbanding tahun sebelumya.

“Kes kematian telah berkurang sebanyak lapan kematian atau 36 peratus iaitu daripada 22 kematian kepada 14 kematian,

Penunggang dan pembonceng motosikal masih kekal mendominasi angka kematian iaitu sebanyak 11 kematian secara keseluruhan ketika Op Selamat 10/2017,” katanya. – BERNAMA

Tags: Op Selamat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Op Selamat: Polis Kedah Keluarkan Lebih 13,000 Saman

05/05/2022
0

Alor Setar : Polis Kedah mengeluarkan 13,024 saman dalam tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang dilancarkan...

11 Maut, 1,943 Kemalangan Dalam Lima Hari Di Selangor

04/05/2022
0

SHAH ALAM: Sebanyak 11 kematian dan kemalangan maut direkodkan sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat 18 di Selangor sehingga semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd