• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Selamat 12: Pemandu Bas Positif Meth Ditahan

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang pemandu bas selepas didapati positif dadah jenis meth dalam Op Selamat 12 sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2018 di Terminal Bas Larkin, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Supt Razak Md Said berkata suspek lelaki berumur 30-an itu ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mencurigakan.

“Kita telah menjalankan pemeriksaan terhadap 25 bas dan 30 lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai pemandu bas berusia antara 30 dan 50 tahun. Hasil ujian air kencing mendapati seorang daripadanya positif dadah jenis meth.

“Selain menjalankan ujian air kencing, kita juga memeriksa peralatan keselamatan bas seperti alat pemadam api dan lampu kecemasan bagi memastikan pemandu bas memandu mematuhi undang-undang dan keselamatan jalan raya,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Operasi yang disertai 14 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan empat pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor itu bermula pada 8.30 malam dan dijalankan di pintu masuk laluan bas.

“Lapan saman turut dikeluarkan kepada pemandu bas selepas didapati memandu tidak mengikut peraturan keselamatan jalan raya,” katanya.

Suspek direman bermula hari ini hingga 23 Feb (Sabtu) dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1957 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: Op Selamat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Op Selamat: Polis Kedah Keluarkan Lebih 13,000 Saman

05/05/2022
0

Alor Setar : Polis Kedah mengeluarkan 13,024 saman dalam tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang dilancarkan...

11 Maut, 1,943 Kemalangan Dalam Lima Hari Di Selangor

04/05/2022
0

SHAH ALAM: Sebanyak 11 kematian dan kemalangan maut direkodkan sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat 18 di Selangor sehingga semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd