• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Selamat 12: 8,768 Saman Dikeluarkan Di Melaka

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebanyak 8,768 saman melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarkan polis menerusi Op Selamat 12 sempena Tahun Baharu Cina yang berlangsung 15 hari mulai 9 Feb lepas berbanding 4,918 saman dalam op sama tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka Supt Mohd Sham Abdullah berkata peningkatan jumlah saman itu selaras dengan operasi dan pemantauan yang dilakukan di semua laluan di negeri ini, sebagai langkah pencegahan kesalahan lalu lintas sehingga mengakibatkan kemalangan.

Beliau berkata antara kesalahan utama pengguna jalan raya ialah tiada lesen memandu, tidak memakai topi keledar dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Melaka merupakan antara negeri yang menerima kemasukan pengunjung yang ramai sepanjang cuti perayaan tersebut sehingga menyebabkan pertambahan kenderaan serta kesesakan lalu lintas.

“Jadi antara inisiatif yang dilaksanakan ialah meningkatkan penguatkuasaan lalu lintas agar pengguna lebih berhati-hati ketika memandu,” katanya selepas perasmian Program Dialog Townhall : Melestarikan Kesejahteraan dan Keselamatan Masyarakat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka di sini, hari ini.

Majlis yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron itu turut dihadiri Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan serta Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

Program itu bertujuan meningkatkan usaha pencegahan bagi menurunkan kadar jenayah, sekali gus mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat khusunya dalam kalangan warga institusi pengajian tinggi.

Mengulas lanjut, Mohd Sham berkata jumlah kes kemalangan jalan raya di Melaka sepanjang op tersebut turut meningkat 78 kes iaitu 861 kes berbanding 783 pada op sama sempena perayaan itu pada tahun lepas.

Beliau berkata daripada jumlah itu, lapan kes maut dengan 10 kematian direkodkan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal berbanding tiga kes dengan empat kematian pada op sama tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Op Selamatsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd