• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nonny AF5 Bakal Tamat Zaman Bujang Mac Depan

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-5, Nonny Nadirah bakal menamatkan zaman bujang dengan teruna pilihan hati iaitu penolong penerbit di Media Prima Berhad, Mustain Adnan.

Memetik laporan portal BH Online, mereka berdua bakal disatukan di Sabah pada 18 Mac depan.

Menurut Nonny yang juga merupakan pelakon drama, Isteri Luar Biasa itu menyifatkan jodoh antara mereka kuat kerana akhirnya bakal bersatu selepas sembilan tahun menyemai benih cinta.

“Kami tidak akan bertunang. Terus nikah saja. Kita rancang majlis nikah pada sebelah pagi dan pada malamnya acara resepsi.

Majlis di resepsi di Kuala Lumpur juga belum dapat dipastikan kerana masing-masing sibuk,” kata Nonny.

Dalam pada itu, Nonny berkata lagi setakat ini persiapan menjelang majlis tersebut hampir siap dan berjalan dengan lancar.

“Antara 70 hingga 80 peratus persiapan sudah disempurnakan. Saya akan pulang ke Sabah, awal bulan depan membawa peralatan dan perkakasan majlis,” ujarnya.

Ditanya mengenai bibit-bibit permulaan hubungan percintaan antara mereka, Nonny berkata Sri Pentas di Bandar Utama, Petaling Jaya menjadi saksi dia mula jatuh hati dengan Mustain.

“Sri Pentas menjadi saksi saya mula jatuh hati dengannya. Hendak dijadikan cerita, kawan kami saling mengenali antara satu sama lain.

“Saya masih ingat tarikh 1 Disember 2009 di mana kami berikrar membawa hubungan ke peringkat lebih serius. Sepanjang berkawan, hubungan kami, biasalah… Ada turun naik,” katanya.

Tambah Nonny lagi, tidak berapa lama kemudian Mustain membuat kejutan dengan melamar dirinya di set penggambaran drama Melankolia pada 25 Januari lalu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Netizennetizen bawangNonny Nadirah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Pembuli Jadi ‘Loser’ Setelah Dewasa, Masa Zaman Sekolah Taiko Sangat – Netizen

Ramai Pembuli Jadi ‘Loser’ Setelah Dewasa, Masa Zaman Sekolah Taiko Sangat – Netizen

16/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perkongsian seorang pempengaruh dikenali sebagai Cikgu Asai mengenai pengalaman dibuli ketika zaman persekolahan mengundang reaksi pengguna media...

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd