• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Lulus RM3.2 Juta Bina Pemecah Ombak

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluluskan peruntukan RM3.2 juta bagi pembinaan pemecah ombak sepanjang 100 meter di kawasan tambatan bot di jeti nelayan Chenang dekat sini.

Najib berkata, ia susulan permohonan Kementerian Pertanian dan Industri Asas (MOA) yang membuat permohonan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, tahun lalu.

“Saya diberitahu oleh YB (Menteri MOA Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) bahawa adakalanya ombak terlalu kuat dan bot nelayan terumbang ambing maka ada keperluan untuk kita membina pemecah ombak bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Nelayan dan majlis penyerahan Lampu Jalan Kampung (LJK) peringkat Parlimen Langkawi dan nasional di Jeti Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Chenang, dekat sini.

Setakat ini, sebanyak 2,169 nelayan berdaftar di Langkawi dengan rekod pendaratan ikan bagi tahun lalu sebanyak 11,434 tan metrik atau RM36.37 juta.

Turut hadir di program itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi LKIM Datuk Seri Irmohizam Ibrahim dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Khabar gembira buat nelayan di Langkawi dibuat apabila Najib mengumumkan pembinaan jeti baharu di Kuala Teriang dengan peruntukan RM500,000 yang dijangka mampu memberi manfaat kepada 310 nelayan dengan 120 sampan di kawasan itu.

Perdana menteri berkata, sejak beliau memegang jawatan nombor satu negara itu, sebanyak RM33.26 juta peruntukan telah diluluskan olehnya untuk pembangunan dan kemudahan nelayan di Langkawi, termasuklah pembinaan jeti nelayan Kilim, membaiki rumah nelayan serta menaik taraf kompleks LKIM Penarak.

“Bagi tahun 2017, sebanyak RM3.05 juta telah diberikan kepada 868 penerima di Langkawi untuk pembayaran Elaun Sara Hidup dan LKIM telah memperuntukkan bajet yang sama pada tahun ini kepada nelayan yang menerima bantuan ini di Langkawi,” katanya.

Bagi memberi keselesaan kepada keluarga nelayan, kerajaan, kata perdana menteri, juga sejak 2013 lagi telah meluluskan peruntukan RM3.87 juta kepada 335 nelayan Langkawi bagi bantuan baik pulih dan bina baharu rumah nelayan.

Pada majlis itu juga, Najib turut melancarkan majlis penyerahan Lampu Jalan Kampung (LJK) 2017 peringkat Parlimen Langkawi dan Nasional.

Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah membelanjakan anggaran RM245 juta untuk pembiayaan lebih 317,000 unit LJK di seluruh negara bagi tempoh Rancangan Malaysia (RMK) kelapan sehingga RMK ke-11 tahun 2016.

Minggu lalu, Najib mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta bagi membina lampu jalan kampung (LJK) yang bakal memberi manfaat kepada 2.5 juta penduduk kampung di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, kerajaan meluluskan peruntukkan RM50 juta, manakala baki RM50 juta akan disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melibatkan pembinaan 50,000 unit lampu jalan kampung.

Setakat ini, di Parlimen Langkawi, sebanyak 537 LJK telah mula dipasang pada Mei 2017 dan siap sepenuhnya pada 27 Okt tahun lalu, memberi manfaat kepada hampir 53,500 penduduk dari 107 buah kampung. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakombak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd