• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muazin Tunisia Belajar Muzik Sebab Suara Tidak Sedap

oleh
08/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUNIS – Pemerintah Tunisia akan mula melatih tukang laung azan atau muazin secara formal di Institut Muzik Tunisia Rachidi bagi melunakkan suara dan mempertingkatkan keupayaan mereka.

Menurut laporan media tempatan, inisiatif unik tersebut bakal mengukuhkan identiti negara Islam di rantau Afrika Utara itu dan menentang pemahaman tegar dalam satu langkah kali pertama seumpamanya oleh pihak berkuasa.

Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia, Ahmed Adhoum mendedahkan bahawa ujian tersebut juga bermatlamat untuk mempertingkatkan azan sebagai penanda masuk waktu solat fardu itu mengikut adat resam budaya Tunisia.

Beliau memberitahu agensi berita bahawa Tunisia terkenal dengan mempunyai warisan penting pembaca al-Quran yang didengari selama turun temurun dan tradisi gaya pembacaan kita suci umat Islam itu yang cukup tersendiri.

Kementerian berkenaan ujar beliau yang dipetik oleh stesen penyiaran Al-Arabiya, juga akan berusaha mewujudkan generasi baharu muazin sejajar dengan warisan tempatan tersebut yang agak berbeza dengan negara-negara lain.

Pengarah Institut Pengajian Tinggi Akidah di Universiti Al-Zaytoonah, Al-Shadi Shoro berkata bahawa matlamat inisiatif tersebut adalah untuk mengasaskan identiti negara itu dengan mengajar cara sebutan makhraj yang betul.

Ini berdasarkan kepada resam Tunisia yang kaya, malahan muazin terbabit akan dilatih sendiri oleh profesor bidang fonetik dan muzik terbaik, sambil beliau turut menafikan usaha berkenaan kononnya adalah trend baharu azan.

Shorou menambah bahawa Kementerian Hal Ehwal Agama juga sedang meninjau cara untuk memperhalusi gaya laungan muazin yang menerima aduan daripada orang ramai kerana suara mereka selama ini sebagai tidak sedap.

Begitu juga cara penggunaan pembesar suara di masjid ketika mengalunkan azan yang perlu disesuaikan agar ritma irama tidak pecah sehingga menjejaskan matlamat untuk berdakwah mengajak masyarakat bersolat di masjid.

Beliau menambah bahawa kementerian berkenaan sedang berusaha untuk memastikan muazin di seluruh Tunisia mempunyai suara yang agak sedap, supaya orang ramai termasuk pelancong bukan Islam boleh menikmati azan.

Pada tahap pertama, inisiatif ini akan dilaksanakan di sejumlah masjid besar di sekitar ibu kota Tunis, sebelum pelaksanaannya diperluaskan ke masjid di merata negara, lapor Al-Arabiya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: azanmasjidTunisia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mengambil peluang melontarkan pelbagai kritikan dan teguran berhubung keadaan...

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd