• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muafakat BN Tidak Boleh Ditiru Dalam Masa Singkat

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam menghasilkan muafakat yang kukuh antara 13 parti komponennya tidak mampu ditiru oleh mana-mana parti lain yang cuba melakukan penggabungan sesama mereka, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata ini kerana BN telah melalui satu proses perjalanan yang panjang untuk menjadi sebuah barisan yang matang dalam menentukan dasar, manifesto malah lambang untuk menyatukan parti-parti komponennya.

“Tapi kalau parti ini parti baharu, muafakatnya belum jelas, dasarnya belum jelas, memang akan timbul suasana kecelaruan, dan kita boleh bayangkan kalau di peringkat itupun mereka tak boleh nak urus, kalau sekiranya mereka dapat kuasa, cuba kita bayangkan apa yang terjadi (kepada negara) dan ini adalah realiti.

“Kalau kita tadbir parti kita yang kecil dan baharu ini pun payah, jangan kita cuba gambarkan mentadbir negara ini mudah, ‘it is not easy’, tiada jalan pintas. Sebab itu kita mahu rakyat berfikir bukan atas asas isu dan sentimen dan kita yakin rakyat Malaysia para pengundi mempunyai kebijaksanaan (untuk memilih parti yang akan mengemudi kerajaan),” katanya kepada pemberita pada Majlis Pengisytiharan Tan Sri Annuar Musa Al Hamra Red One Academy (TSAM ARMY) di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ingin ditandingi dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan di beberapa negeri termasuk Kedah, Selangor dan Terengganu.

Mengulas mengenai berita palsu terutama bagi menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Annuar berkata setiap pemimpin akan berdepan tohmahan bersifat pembunuhan karakter daripada pihak tertentu yang gilakan kuasa untuk menjadi pemimpin negara.

Beliau berkata semakin banyak seseorang perdana menteri itu melakukan kerja-kerja yang memberi manfaat kepada negara maka lebih banyak kritikan yang dilemparkan bagi menjatuhkan pentadbirannya.

“Sebagai seorang yang berada di bawah empat perdana menteri, saya ingin tegaskan tidak pernah ada sesiapa sahaja yang pegang jawatan perdana menteri tak pernah bebas daripada tuduhan ‘character assasination’ dan kempen membenci kepada perdana menteri.

“Sewaktu saya bekerja dengan (Tun) Dr. Mahathir (Mohamad), saya menghadapi igauan buruk kerana saya terpaksa mempertahankan beliau yang dikenakan pelbagai tuduhan seperti maha firaun, maha zalim, diktator dan sebagainya, saya boleh senaraikan. Kita sebagai anggota kabinet dan Majlis Tertinggi terpaksa mempertahankan Dr. Mahathir,” katanya. – BERNAMA

Tags: BNTan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd