• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mekanik Rempuh Peserta Larian Didakwa

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memandu secara berbahaya dan melulu sehingga menyebabkan tiga peserta larian Klang City International Marathon cedera pada Disember lepas.

Tertuduh, Teoh Thiam Lim, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, Teoh didakwa memandu kereta Proton Iswara secara melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara berbahaya kepada orang awam di Batu 2, Jalan Kapar, di sini kira-kira 4.30 pagi, 10 Dis lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda maksimum RM15,000.

Timbalan Pendakwa Raya Amira Abd Aziz menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Teoh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah dan mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 9 Mac depan.

Dalam insiden itu, seorang parah manakala dua lagi peserta larian cedera selepas dilanggar sebuah kereta dari arah belakang ketika acara maraton mengelilingi bandar ini sedang berlangsung.

Tiga yang cedera ialah Evelyn Ang Gek Suan, 44, Amiruddin Hamid, 37, dan Ahmad Hadafi Jus, 42.

Evelyn Ang yang mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan rahang, masih koma di Hospital Sungai Buloh manakala Amiruddin dan Ahmad Hadafi masing-masing cedera pada bahagian kepala dan kaki. – BERNAMA

Tags: Mekanikrempuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Mekanik Maut, Rakan Parah Nahas Babit 2 RXZ

Mekanik Maut, Rakan Parah Nahas Babit 2 RXZ

10/03/2025
0

KUANTAN: Seorang mekanik maut, manakala rakan parah selepas motosikal Yamaha RXZ ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 211, Lebuhraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd