• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat 3,121 Orang

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 3,121 orang daripada 837 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) tengah hari ini berbanding 2,613 orang daripada 697 keluarga di 18 PPS malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak daripada jumlah itu, 1,850 mangsa daripada 485 keluarga adalah dari bahagian Samarahan, 1,042 mangsa merangkumi 283 keluarga dari Serian manakala Mukah mencatatkan 229 mangsa daripada 69 keluarga.

Penduduk di Samarahan yang terjejas banjir itu ditempatkan di sembilan PPS iaitu Dewan Pembangunan Sebuyau, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putin, Masjid Kampung Seruyuk, Dewan Masyarakat Sgali, Dewan Suarah Kota Samarahan, Pusat Sumber PBB Sadong Jaya, SK Kampung Mang, SK Haji Kelali dan Kompleks Sukan Asajaya.

Mangsa banjir di sembilan kawasan di Serian pula ditempatkan di lapan PPS iaitu Dewan Betong Kenawit, Dewan Lintang Baru Panchor, SK Samarahan Estate, Surau Hadhari Kampung Rimba Padi, Sekolah St Peter Kampung Soh, Dewan Kampung Slabi Entuuh, Dewan Masyarakat Serian dan SK Tanah Putih.

Sebanyak tiga PPS iaitu SK Parish Balingian, Dewan Suarah Mesra Mukah dan Dewan Masyarakat Balingian menempatkan mangsa di empat kawasan yang terjejas banjir di Mukah. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd