Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Sam Smith Gondol 4...

Pelantun lagu Stay With Me, Sam Smith mengungguli majlis anugerah berprestij industri muzik,...

Polis Rampas Cecair Vape...

GEORGETOWN - Polis merampas 199 botol cecair vape bernilai RM12,000 yang disyaki mengandungi...

Bot Tenggelam: Dua Mayat...

KUANTAN - Mayat dua lelaki warga China yang dikhuatiri lemas dalam kejadian bot...

“Saya Akan Terus Berkhidmat...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor yang digulingkan oleh DAP dan Parti...

Malaysia Hasrat Hos Siri Piala Dunia UCI – Khairy

NILAI – Malaysia berhasrat membida menjadi tuan rumah salah satu siri Piala Dunia dalam kalender Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada 2019/2020 di Velodrom Nasional di sini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Presiden UCI, David Lappartient memberi respons positif berhubung hasrat negara untuk membuat bidaan tersebut.

“Kerajaan Malaysia juga sedia membantu menyediakan bantuan kewangan kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk melakukan bidaan. Beliau (Lappartient) nampak positif tetapi kita kena melalui proses rasmi untuk membuat bidaan menjadi tuan rumah.

“Saya sokong cadangan PKBM untuk kita jadi tuan rumah Piala Dunia, sebab kita sudah bina velodrom bertaraf antarabangsa. Lebih baik kita manfaatkannya dengan menganjurkan kejohanan bertaraf dunia di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di Velodrom Nasional hari ini.

Khairy berkata sebagai persediaan melakukan bidaan itu, pihaknya akan melakukan penambahbaikan terhadap kemudahan di Velodrom Nasional supaya menepati ketetapan diperlukan bagi penganjuran perlumbaan bertaraf dunia.

“Salah satu sebab Malaysia menjadi tuan rumah ACC (Kejohanan Berbasikal Trek Asia) di sini, kita dapat melihat kekurangan yang perlu penambahbaikan sebagai persediaan membuat bidaan untuk Kejohanan Dunia nanti,” katanya.

Sementara itu, Khairy yang hadir menyaksikan pelumba negara beraksi pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di velodrom berkenaan, secara keseluruhan berpuas hati dengan prestasi dipamerkan atlet kebangsaan, paralimpik dan pelapis.

Walaupun jaguh dunia, Azizulhasni Awang sekadar meraih pingat gangsa dalam acara keirin, Khairy percaya pelumba yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ itu mempunyai misi lebih penting, dengan mempertahankan gelaran juara dunia di Brazil pada Mac ini.


“Macam Azizulhasni, saya percaya beliau melihat kejohanan mana yang menjadi keutamaannya. ACC, satu kejohanan besar tapi bukan keutamaan beliau. Keutamaannya adalah Kejohanan Dunia dan Sukan Asia. Saya berharap beliau berada di puncak prestasi pada masa yang diperlukan.

“Saya juga bangga dengan prestasi Jupha Somnet (meraih pingat emas acara perlumbaan mata wanita) dan pasukan paralimpik serta atlet pelapis yang banyak menunjukkan peningkatan prestasi di (kejohanan) peringkat Asia di sini,” katanya.

Khairy juga mahu PKBM melihat kepada pembangunan atlet kerana pesaing dari China dan India mempunyai barisan pelapis yang kompetitif.

Beliau tidak mahu rekod cemerlang skuad berbasikal negara hanya setakat bergantung kepada pencapaian Azizulhasni sahaja.

“Saya bimbang lima atau 10 tahun lagi kita akan ketinggalan. Kita berada dalam kedudukan terbaik sekarang di peringkat Asia dan Dunia kerana kita mempunyai juara dunia. Kita mahu pastikan momentum ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun akan datang, jangan biarkan terhenti di peringkat Azizulhasni sahaja,” katanya. – BERNAMA

Kategori