• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Di Landasan Tepat Untuk Capai SDG 2030

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030, yang bertujuan meningkatkan sumbangan bandar raya terhadap pembangunan lestari, di samping memastikan bandar raya memiliki ciri-ciri inklusif, selamat, berdaya tahan dan lestari.

Pengarah Knowledge Management and Advisory of Urban Wellbeing Centre of Excellence (Urbanice) Malaysia Dr Azmizam Abdul Rashid berkata Malaysia sedang memberi fokus terhadap matlamat pelbagai dimensi dari 2016 hingga 2020 dan melaksanakan Agenda Baharu Bandar (NUA) bagi memaparkan manfaat daripada kaedah lestari untuk masyarakat yang semakin pesat memiliki ciri-ciri bandar.

Katanya, produktiviti tenaga kerja telah meningkat daripada RM77,100 pada 2015 kepada jangkaan RM92,300 pada 2020, pampasan pekerja kepada keluaran dalam negara kasar pula meningkat daripada 34.9 peratus pada 2015 kepada 40 peratus mengikut jangkaan menjelang 2020, manakala Indeks Kesejahteraan Malaysia dijangka meningkat sebanyak 1.7 peratus.

“Malaysia juga sedang memberi fokus terhadap dasar bandar kebangsaan serta perundangan, peraturan dan undang-undang bandar, perancangan dan reka bentuk bandar, ekonomi bandar dan kewangan perbandaran, di samping pelaksanaan tempatan,” katanya kepada Bernama selepas berucap pada sesi perangkaian Forum Bandar Sedunia Ke-9 (WUF9) di sini hari ini.

Pada Oktober tahun lepas, Malaysia memperkenalkan NUAnya, yang bertujuan menerajui negara ini ke arah perbandaran dan pembangunan lestari serta menyediakan bimbingan ke arah mencapai SDG, yang merupakan suatu seruan universal bagi menghapuskan kemiskinan, melindungi planet ini dan memastikan setiap orang mengecapi keamanan dan kemakmuran.

NUA, yang diperkenalkan pada Oktober 2016 semasa Persidangan United Nations Habitat III di Quito, Ecuador, kini diterima pakai 170 negara.

Sementara itu, presiden Eastern Regional Organisation for Planning and Human Settlements Khairiah Talha berkata prinsip SDG terkandung dengan jelas dalam usaha pembangunan Malaysia yang meliputi pelbagai bidang dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11.

“SDG, Agenda Baharu Bandar dan Rancangan Malaysia Ke-11 berkongsi hampir kesemua matlamat bersama, termasuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, memupuk pertumbuhan sama rata dan melindungi alam sekitar,” katanya.

WUF 9, yang bermula semalam hingga 13 Feb dan diadakan bagi kali kedua di Asia, akan diisi dengan lebih 500 acara, termasuk perhimpunan, rundingan meja bulat peringkat tinggi, dialog dan sesi khas.

Bertemakan ‘Bandar Raya 2030, Bandar Raya Untuk Semua: Melaksanakan Agenda Baharu Bandar (NUA)’, forum dihoskan Kuala Lumpur itu akan memberi fokus terhadap pelaksanaan NUA. – BERNAMA

Tags: WUF 9
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Delegasi Israel Tak Diberi Layanan Rasmi Pada WUF9

20/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Penganjuran Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) di ibu negara pada Februari lepas memberi impak positif, antara lain...

Anifah Nafi Jemput Delegasi Israel Semasa WUF9

15/02/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri menafikan mengundang diplomat Israel ke Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) yang berlangsung di Kuala Lumpur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd