• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tinggi Ada Bidang Kuasa Dengar Saman

oleh AK-47
22/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah untuk membatalkan saman yang difailkan oleh bekas Anggota Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail berhubung usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Rang Undang-Undang (RUU) 355.

Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said memutuskan bahawa mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu dan menetapkan 6 Mac bagi pengurusan kes.

Hakim juga memerintahkan kedua-dua defendan (Pandikar Amin dan Roosme) untuk memfailkan afidavit bagi menjawab afidavit plaintif (Mohamed Tawfik).

“Ini bukan kes yang mudah dan nyata untuk dibatalkan. Oleh itu, permohonan ditolak,” kata beliau sambil menambah mahkamah tidak mengeluarkan apa-apa perintah berhubung kos kerana ini adalah kes kepentingan awam.

Pandikar Amin dan Roosme telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula yang difailkan oleh Mohamed Tawfik atas alasan saman nitu adalah remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Permohonan defendan adalah berdasarkan Perkara 62(1) dan 63(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 62(1) menyebut bahawa “setiap Majlis Parlimen” hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri sementara Perkara 63(1) menyebut bahawa kesahihan apa-apa prosiding dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah”.

Mohamed Tawfik memfailkan saman pemula itu padea 31 Mac, 2017 berhubung dengan Rang Undang-Undang 355 yang dibentangkan oleh Abdul Hadi di Dewan Rakyat dan memohon pengisytiharan bahawa usul Abdul Hadi untuk untuk meminda rang undang-undang itu melanggar Perlembagaan Persekutuan serta peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dewan Rakyat.

Beliau juga memohon pengisytiharan bahawa pindaan-pindaan yang dicadangkan itu dibuat tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja.

Plaintif berhujah bahawa di bawah Perintah Tetap 49 dan/atau 48, Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak boleh membenarkan Rang Undang-Undang 355 dibahaskan di Dewan Rakyat tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Peguam Rosli Dahlan mewakili Mohamed Tawfik sementara peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili Pandikar Amin dan Roosme. – BERNAMA

Tags: saman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd