• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KUIN Kini Status Universiti Penuh, Dikenali UniSHAMS

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kini bertaraf universiti penuh dan dikenali sebagai Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS).

Pengumuman itu dibuat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Idris Jusoh pada satu majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di kementeriannya di sini.

Idris dalam sidang medianya selepas itu berkata status tersebut diberikan selepas Kuin yang ditubuhkan pada 1995 telah memenuhi syarat yang ditetapkan kementerian, antaranya kapasiti tenaga pengajar, kualiti kursus, penyelidikan serta kebolehpasaran graduan.

“Kita sentiasa tegas dari segi pemberian status universiti penuh dalam usaha memastikan institusi pendidikan tinggi sentiasa memberi perkhidmatan pendidikan yang berdaya saing dan berkualiti dalam melahirkan insan holistik dan seimbang,” katanya.

Perakuan pendaftaran status universiti penuh tersebut diserahkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Ir. Dr. Hamisah Tapsir kepada Rektor UniSHAMS, Datuk Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti.

Beroperasi sejak 25 tahun lepas, Kuin yang terletak di Kuala Ketil, Baling dan dimiliki oleh kerajaan negeri Kedah kini menawarkan 44 kursus pengajian dengan jumlah penuntut terkini seramai 3,895 orang.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah UniSHAMS, pula berkata berkata hasil usaha keras semua pihak, penantian rakyat Kedah selama 25 tahun untuk menyaksikan Kuin diiktiraf sebagai universiti penuh akhirnya tercapai hari ini.

Beliau berkata proses mendapatkan pengiktirafan itu bermula pada Disember 2015 dan pihaknya telah menerima surat kelulusan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta sebagai universiti pada 22 Ogos tahun lepas dengan perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Katanya pemilihan nama UniSHAMS itu telah mendapat perkenan Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang sebelum ini mahu melihat Kuin dinaik taraf sebagai sebuah universiti Islam antarabangsa. – BERNAMA

Tags: KedahKUINuniversiti islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd