FIVE Estec Travel Services Sdn. Bhd. kini sedang mengadakan promosi pakej percutian terbaik lagi berbaloi buat anda yang ingin menikmati keindahan bumi Taiwan.
Promosi ini bersempena kerjasama antara Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. bersama Taiwan Tourism, di mana ianya menekankan konsep lawatan berkonsepkan pakej Muslim.
Diterajui oleh Pengarah Biro Pelancongan Taiwan Di Kuala Lumpur, Abe Chou dan disokong oleh Pengarah Biro Hal Ehwal Konsular, Yinghuei Cheng, pihak mereka serius dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada peserta.

Bagi yang tercari-cari pakej Muslim, Taiwan merupakan tempat yang amat sesuai bagi anda sekeluarga dan sahabat handai. Tambahan harga yang dikenakan adalah berbaloi dengan tempat lawatan.
Bukan itu sahaja, pakej 5 hari 4 malam ini termasuk penerbangan dan lengkap tanpa sebarang kos tersembunyi!
Dengan harga serendah RM2,990 setiap seorang, pelbagai tempat menarik yang bakal dikunjungi peserta seperti Menara 101 Taipei, Taman Negara Yangmingshan, Yehliu Geopark dan Fort San Damingo.



Lawatan merangkumi pelbagai destinasi wajib di Taipei ini menggunakan pengiring berpengalaman dari Malaysia.
Malah, khidmat jurupandu profesional juga disertakan sepanjang percutian ini.
Oleh kerana pakej ini berkonsepkan Muslim Tour, maka makanan halal tidak akan menjadi isu besar kerana peserta akan dijamu dengan pelbagai juadah yang dihidangkan oleh orang Islam di sana.

Ini adalah kerana pihak penganjur sudah mengenal pasti lokasi restoran halal yang berstatus Restoran Mesra Muslim (MFR) yang turut mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Cina Muslim.
Antara sajian yang dihidangkan termasuklah ikan stim, kekapis segar dan udang yang dimasak dengan citarasa tradisional Taiwan.
Jika anda berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut, jangan segan silu untuk terus hubungi Five Estec Travel Services di talian 03-91002101/2004 (Pejabat), 0133615604 (Irfan) atau 0179880140 (Elly). – MYNEWSHUB.CC

