• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Farid: Taj Innuendo Beri Kerjasama Pada Polis

oleh
21/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS anggota kumpulan Innuendo, Taj ‘turun padang’ memberi kenyataan berhubung dakwaan memasukkan dadah ke dalam minuman pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil, hari ini.

Memetik laporan mStar Online, Taj atau nama sebenarnya Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir hadir bersama peguamnya di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya kira-kira pukul 11 pagi bagi membantu siasatan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan Ku Mashariman Ku Mahmood, polis telah rakam keterangan daripada pihak Taj dan ia diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Tambah beliau lagi, keputusan ujian saringan air kencing artis terbabit masih dianalisis dan mengesahkan tiada sebarang tangkapan yang dibuat.

Sementara itu, peguam Taj iaitu Muhamad Akmal Arif memberitahu, selebriti berkenaan telah memberi kerjasama dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Saya dihubungi Taj malam tadi (Isnin) untuk dapat bantuan, kita akan ikut lunas undang-undang. Ada perkara yang saya tidak boleh beritahu dan mungkin akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Pengarah dan pelakon, Farid Kamil.

Terdahulu, Farid pernah membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis telah melakukan onar terhadapnya dengan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam minuman sekali gus menjadi punca perlakuan anehnya di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu.

Menurut Farid, ketiga-tiga rakan artis tersebut merupakan seorang pengarah dan pelakon, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990-an serta seorang lagi pelakon.

Tidak lama selepas itu, pelakon, Sofi Jikan telah tampil memberi keterangan dan ditahan reman selama tiga hari berikutan didapati positif dadah jenis ganja pada 6 Februari.

Pelakon, Sofi Jikan.

Selepas penangkapan itu, polis kemudiannya memberi tempoh 24 jam kepada dua lagi individu termasuk Taj untuk tampil memberi keterangan berhubung kes Farid itu.

Bagaimanapun, pengarah dan penerbit sebuah syarikat pengiklanan beribu pejabat di Johor Bahru, Ahmad Fairuz Ahmad Rusli atau lebih mesra disapa sebagai Osh, tampil memberi keterangan berhubung kes tersebut pada 11 Februari. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Datuk Farid KamilInnuendoNetizennetizen bawangSofi Jikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Puji Jersi Baharu Penjaga Gol JDT Cantik Menarik

Netizen Puji Jersi Baharu Penjaga Gol JDT Cantik Menarik

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Laman Facebook Johor Southern Tigers mencuri perhatian penyokong selepas memperkenalkan jersi baharu penjaga gol kelab bola sepak...

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, “Tapi Post Dalam Facebook” – Netizen

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, “Tapi Post Dalam Facebook” – Netizen

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Hantaran di media sosial oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berhubung tindakannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd