• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Farid: Taj Innuendo, Firdaus Diminta Serah Diri

oleh
09/02/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIASATAN polis terhadap dua lagi selebriti yang terlibat dengan dakwaan memasukkan dadah ke dalam minuman pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil kini diteruskan apabila mereka sudah dikenal pasti.

Baca: Lepas Sofi, Pihak Polis Kenal Pasti Dua Lagi Individu

Juga: Sofi Ditahan Positif Ganja, Bantu Siasatan Kes Farid

Ahmad Tajuddin atau Taj Innuendo.

Mereka merupakan ahli kumpulan R&B Innuendo iaitu Ahmad Tajuddin atau Taj serta seorang lagi selebriti dikenali sebagai Firdaus.

Menurut portal mStar Online, pihak polis telah memberikan tempoh sehingga esok supaya kedua-dua individu berkenaan tampil untuk membantu siasatan.

“Kita percaya salah seorang daripada mereka berada di Johor Bharu.

“Saya gesa kedua-dua mereka untuk segera tampil selewat-lewatnya esok sebelum tindakan tegas dibuat,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Semalam, pelakon Sofi Jikan telah menyerah diri bagi membantu siasatan pihak polis apabila namanya juga telah dikaitkan dengan kes itu sekaligus dia turut didapati positif dadah jenis ganja.

Sofi juga telah ditahan reman selama tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang akan menyebabkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimun sebanyak RM5,000 atau kedua-duanya sekali serta perintah pengawasan selama tiga tahun.

Dalam masa yang sama, pelakon filem KL Gangster itu juga akan ditahan reman sehingga esok.

Ahmad Tajuddin atau Taj Innuendo (dua dari kanan).

“Polis akan menyiarkan gambar mereka sekiranya masih tidak memberi kerjasama hadir membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri Selangor.

Bagaimanapun, pihak polis turut telah menghubungi kedua-dua selebriti itu namun sehingga kini, mereka masih belum tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

Jika kedua-dua individu yang masing-masing berusia 40-an itu telah menyerah diri di pejabat polis, ujian air kencing akan dijalankan terhadap mereka sama seperti yang dilakukan terhadap Sofi tempoh hari. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: dadahFarid KamilInnuendoSofi Jikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd